KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) meminta perubahan dibuat dalam cara sebuah komponen kren menara yang digunakan di tapak binaan dikendali, selepas satu insiden tahun lalu yang menyebabkan kematian seorang pekerja dan kecederaan ke atas seorang lagi pekerja.
Tali penegak yang digunakan di kren menara harus dikeluarkan atau ditanggal dan disimpan dengan selamat selepas ia digunakan, kata MOM, walaupun sebahagian pengeluar kren membolehkan tali itu kekal berada di kren semasa operasi.