ORANG awam kini boleh menghubungi satu talian baru yang boleh membantu mereka mengenal pasti penipuan.
Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean melancarkan talian itu - satu usaha yang dimulakan Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) - semasa acara kempen pencegahan jenayah sempena musim perayaan di Rivervale Plaza di Sengkang, hujung minggu lalu.