Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Talian Jagaan Nasional henti operasi mulai 31 Dis

Dec 02, 2022 | 06:38 PM



TALIAN Jagaan Nasional (NCH), yang menawarkan bantuan kepada individu mengalami tekanan emosi disebabkan pandemik Covid-19, akan berhenti beroperasi mulai 31 Disember ini kerana terdapat kemerosotan dari segi jumlah panggilan yang diterimanya.



Talian itu – dilancar pada 10 April 2020 ketika langkah pemutus rantaian jangkitan – telah melihat lebih 900 pakar kesihatan mental, perkhidmatan sosial dan relawan yang dilatih untuk mengendali panggilan daripada orang umum.



Sehingga kini, sekitar 76,500 panggilan telah dibuat, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dalam satu kenyataan pada Jumaat (2 Disember).



Talian tersebut dikendali karyawan perkhidmatan sosial dan relawan dilatih daripada Viriya Community Services.



Pengumuman penutupan NCH itu dimaklumkan selepas waktu operasinya diubah kepada 8 pagi hingga 8 malam pada Januari, daripada 8 pagi hingga tengah malam sebelum ini, selepas bilangan panggilan bertambah stabil.



Dengan kelonggaran langkah pengurusan selamat serta pengalihan kepada konsep hidup bersama Covid-19, terdapat kemerosotan besar dari segi panggilan yang diterima sebanyak 85 peratus pada Oktober 2022, berbanding semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan pada Mei 2020.



Jika panggilan dibuat kepada talian tersebut selepas 8 malam pada 31 Disember, para pemanggil akan disalurkan kepada talian bantuan alternatif untuk mendapatkan bantuan, termasuk talian yang disokongi Institut Kesihatan Mental dan Samaritans of Singapore.



Mereka yang ingin mendapatkan bantuan daripada saluran bantuan alternatif boleh didapati menerusi:



1. Bantuan Kesihatan Mental



- Pusat Kaunseling Care Corner (bahasa Cina) (1800 3535 800)

- Khidmat Kaunseling Fei Yue (eC2.sg)

- Pusta Terapi Viriya (6256-1311)



2. Isu perkahwinan, keibubapaan dan perceraian:

- Kaunseling Dalam Talian Hab Psikologi Masyarakat (CPH) (CPHOnlineCounselling.sg)



3. Talian Bantuan

- Hear4U (WhatsApp 6978-2728)

- Talian Bantuan MH (6389-2222) (24 jam)

- Pusat Kaunseling Sage – Talian Bantuan Warga Emas (1800-555-5555)

- Samaritans of Singapore (Talian: 1-767; CareText: (WhatsApp 9151-1767) (24 jam)

- Kesatuan Kesihatan Mental Singapura (1800-283-7019)

- Reben Perak Singapura (6386-1928)

- Tinkle Friend bagi (golongan muda 7-12 tahun) (1800-2744-788).



4. Bagi melaporkan keganasan atau penganiayaan

- Talian Bantuan Antikeganasan dan Gangguan Seksual Nasional (NAVH) (1800-777-0000) (24 jam)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >