Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura telah diasaskan hampir enam dekad lalu pada 1959. Baru-baru ini badan itu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya, yang melantik ramai muka baru dalam pucuk pimpinan badan tersebut. Apakah tumpuan pasukan baru itu dan hala tuju mereka dalam membawa badan tersebut ke tahap selanjutnya? Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg).
TAMAN Bacaan, sebuah pertubuhan yang diasaskan hampir enam dekad lalu, akan menyegarkan tumpuannya dalam bidang pendidikan dan latihan.