Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Bay East baru dibuka 2027, tawar pemandangan bandar SG

May 05, 2022 | 05:30 AM



MENJELANG tahun 2027, sebuah taman baru akan dibuka berdekatan Founders' Memorial di Marina East siap dengan ruang rekreasi yang menawarkan pandangan bandar pencakar langit, tanah lembap dan jejak yang merintis usaha menghijau Singapura.



Taman Bay East seluas 30.38 hektar itu besar sedikit daripada separuh keluasan Taman Bay South seluas 54 hektar, yang juga merupakan tapak bagi Supertrees di Gardens by the Bay dan konservatori.



Taman baru tersebut akan menjadi yang kedua daripada tiga taman yang merupakan sebahagian daripada Gardens by the Bay, yang perlu dilengkapi.



Sebuah stesen MRT akan dibuka sejajar dengan memorial tersebut.



Gardens by the Bay memberitahu akhbar The Straits Times bahawa Taman Bay East akan menjadi oasis hijau yang akan melengkapi Founders' Memorial.



"Jika anda duduk di tanah tambak (reclaimed land) di Takungan Marina sambil melihat bandar pencakar langit, ia mencerminkan bagaimana Singapura telah menangani kekurangan tanah dan air untuk membangunkan satu daripada antara bandar yang paling boleh didiami di dunia," katanya.



Ia menambah Taman Bay East akan menceritakan tentang usaha menghijau Singapura sepanjang tahun, selain mengimbas bagaimana negara itu berjaya mengatasi kekurangan air.



Taman itu akan dibahagikan kepada dua zon, yang bertemakan masa lampau dan masa hadapan.



Zon lampau akan menampilkan spesi taman natif dan asli yang sering ditanam semasa tahun-tahun awal usaha menghijau Singapura.



Zon masa depan pula akan mencerminkan visi Bandar Singapura dalam Alam Semula Jadi di mana alam semula jadi disepadukan dengan landskap bandar dan lebih banyak desain yang sensitif biodiversiti diselitkan pada tapak dan pembangunan tersebut.



Antara yang ketara di taman itu ialah Founders' Memorial dan akan terdapat beberapa laluan yang akan menghubungkan ke arah kawasan tersebut.



Memorial itu yang bertujuan untuk memperingati pemimpin generasi pertama Singapura, nilai mereka dan tahun-tahun awal pembangunan negara, juga akan merangkumi ruang yang meraikan antara peristiwa penting negara seperti galeri pameran dan galeri yang berhadapan dengan bandar pencakar langit.



Satu jejak taman utama akan menjadi sebuah gelungan yang akan dilanjutkan daripada Founders' Memorial, sekali gus menghubungkan kedua-dua bahagian taman tersebut.



Di laluan tersebut, pengunjung akan dibawa daripada memorial menerusi taman bertema di mana mereka akan mempelajari tentang pendekatan perubahan Singapura kepada usaha menghijau sepanjang tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >