Taman Burung Jurong adalah taman hidupan liar pertama yang berjaya menternak burung Kepulauan Solomon yang terancam pupus, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Taman Burung Jurong adalah taman hidupan liar pertama yang berjaya menternak burung Kepulauan Solomon yang terancam pupus

Jan 23, 2019 | 04:20 PM

EMPAT ekor anak merpati tanah Santa Cruz dilahirkan di Taman Burung Jurong dalam masa beberapa minggu lalu, menjadikan taman itu institusi zoologi pertama di dunia dengan jayanya menternak spesies burung yang terancam pupus itu di bawah penjagaan manusia.

Wildlife Reserves Singapore (WRS) berkata dalam satu kenyataan hari ini (23 Jan) bahawa anak merpati tanah Santa Cruz yang pertama menetas pada 31 Disember lalu.

Burung itu disenaraikan sebagai terancam pupus di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam.

Ogos lalu, 60 daripada mereka – mungkin separuh daripada populasi liar dunia – diselamatkan daripada pemburu haram di Kepulauan Solomon.

Selepas burung itu diperangkap dalam sangkar, satu letusan gunung berapi menghancurkan sekitar tiga suku daripada apa yang dipercayai sebagai satu-satunya habitat semula jadi mereka, pulau Tinakula, yang merupakan sebahagian Kepulauan Solomon.

Discover Malay Home Based Businesses

WRS berkata bahawa 60 burung yang diselamatkan itu buat masa ini membentuk satu-satunya koloni jaminan dunia di Taman Burung Jurong dan matlamat utama adalah untuk memulih semula tempat tinggal mereka apabila keadaan membenarkan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map