Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman di Masjid Al-Mawaddah jadi juara Taman Masyarakat Terbaik

Jun 24, 2018 | 05:30 AM



MASJID Al-Mawaddah, yang digelar sebagai masjid dalam taman, muncul juara Taman Masyarakat Terbaik di bawah kategori pertubuhan dalam Anugerah Mekar dalam Masyarakat (CIB) 2018.



Masjid di Sengkang itu mempunyai enam taman unik di dalam pekarangannya, dengan lebih 30 spesis tanaman hiasan dan lebih 30 spesis tanaman yang boleh dimakan.



Taman-taman itu juga merupakan lokasi kegemaran bagi pengantin bergambar.



Masjid itu merupakan antara 541 taman masyarakat yang mengambil bahagian dalam peraduan tahun ini yang dianjurkan Lembaga Taman Negara (NParks).



Anugerah CIB dianjurkan sekali setiap dua tahun bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam usaha bercucuk tanam oleh kumpulan masyarakat dalam estet perumahan awam dan privet, institusi pendidikan dan pertubuhan.



Daripada 541 taman yang mengambil bahagian, 243 daripada kategori perumahan awam, 40 estet privet, 148 sekolah dan 110 daripada pertubuhan.



Jumlah taman yang mengambil bahagian dalam peraduan itu naik 24 peratus berbanding dua tahun lalu.



Penyertaan bagi keempat-empat kategori meningkat, namun kenaikan paling besar dilihat dalam kategori pertubuhan, yang menerima tambahan 37 penyertaan berbanding dua tahun lalu.



Peningkatan ketara dalam tahap penyertaan masyarakat ini disebabkan respons positif daripada warga Singapura ke arah bercucuk tanam dalam masyarakat sejak akhir-akhir ini, kata NParks dalam satu kenyataan kelmarin.



NParks menambah bahawa kenaikan dalam bilangan penyertaan juga kerana lebih banyak pekebun mahu menyertai peraduan itu bagi melihat kedudukan taman mereka berbanding taman lain di serata Singapura.



Setiap taman masyarakat yang mengambil bahagian dalam Anugerah CIB diberi band pencapaian Platinum, Emas, Perak atau Gangsa bergantung pada penglibatan masyarakat, mutu taman dan amalan mesra alam sekitar atau biodiversiti mereka.



Bagi peraduan tahun ini, sebanyak 291 taman meraih band Platinum dan Emas, naik daripada 178 pada 2016.



Anugerah kecemerlangan seperti Taman Masyarakat Terbaik dan Taman Masyarakat Baru Terbaik juga diberi bagi mengiktiraf pencapaian teladan yang dipaparkan taman masyarakat.



Di kalangan taman yang mengambil bahagian, lima diberi Anugerah Berlian yang berprestij.



Pengiktirafan tertinggi ini diberi kepada taman masyarakat yang telah menerima tiga band Platinum dalam Anugerah CIB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >