Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Inklusif Istana lebih mudah dikunjungi

20 penerima bantuan, penjaga Persekutuan Palsi Serebrum Singapura dan St Luke's Eldercare jadi tetamu pertama ke taman yang dilancar Presiden Halimah sewaktu Rumah Terbuka Istana Tahun Baru Cina
Feb 14, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI sekitar 20 penerima bantuan dan penjaga daripada Persekutuan Palsi Serebrum Singapura (CPAS) dan St Luke's Eldercare menjadi tetamu pertama Taman Inklusif baru di Istana yang dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob sewaktu Rumah Terbuka Istana Tahun Baru Lunar tahun ini.



Ini merupakan kali pertama dalam setahun Istana membuka pintunya kepada sekumpulan kecil penerima bantuan daripada agensi perkhidmatan sosial sewaktu rumah terbukanya.



Sejak Februari tahun lalu, semua rumah terbuka Istana diadakan secara maya disebabkan pandemik Covid-19.



Selain berjalan-jalan di taman baru itu, pengunjung juga disajikan persembahan muzik oleh Orkestra Cina Sekolah Rendah Nanyang.



Idea bagi Taman Inklusif tersebut disarankan Puan Halimah untuk menjadikan taman Istana lebih mudah didatangi lebih banyak segmen masyarakat.



Dengan kerjasama Pejabat Presiden dan Lembaga Taman Negara (NParks), taman itu memenuhi keperluan lebih ramai pengunjung berkeperluan berbeza, termasuk warga emas yang berkerusi roda serta golongan kurang upaya.



Puan Halimah berkata beliau gembira dapat melancarkan Taman Inklusif baru itu dan apabila mereka taman tersebut, mereka memastikan ia akan lebih mudah dilawati oleh lebih ramai pengunjung dengan keperluan berbeza.



"Ciri-ciri seperti laluan mesra kerusi roda dan pelbagai jenis tanaman yang merangsang deria akan membuatkan ia lebih mudah dan lebih menarik bagi warga emas dan golongan kurang upaya untuk melawat taman itu.



"Saya harap dapat membawa lebih banyak kumpulan ke Taman Inklusif ini dalam masa terdekat," tambahnya.



Dengan adanya vaksin melawan Covid-19 sekarang, Puan Halimah berkata terdapat harapan lebih besar sedang semua langkah masuk Tahun Lembu Jantan ini.



"Ia mungkin masih mengambil masa bagi dunia mencapai kekebalan berkelompok tetapi saya yakin sekiranya semua memainkan peranan masing-masing, kita akan dapat pulih daripada kemelut ini tidak lama lagi," katanya lagi.



Taman Inklusif tersebut seluas 815 meter persegi dan terletak berdekatan bangunan Sri Temasek di tapak Istana.



Ia terdiri daripada lebih 100 jenis tanaman yang dibahagikan kepada empat kategori, herba dan tanaman hias, halia dan pandan, buah-buahan dan berkaitannya, serta minat khas seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatima.



Taman tersebut membolehkan lebih ramai pengunjung berinteraksi rapat dengan alam semula jadi, memberikan mereka faedah kesihatan dan kesejahteraan alam semula jadi.




MESRA WARGA EMAS, ORANG KURANG UPAYA

"Ciri-ciri seperti laluan mesra kerusi roda dan pelbagai jenis tanaman yang merangsang deria akan membuatkan ia lebih mudah dan lebih menarik bagi warga emas dan golongan kurang upaya untuk melawat taman itu.

Saya harap dapat membawa lebih banyak kumpulan ke Taman Inklusif ini dalam masa terdekat."



HARAPAN PULIH DARIPADA KEMELUT COVID-19

"Ia mungkin masih mengambil masa bagi dunia mencapai kekebalan berkelompok tetapi saya yakin sekiranya semua memainkan peranan masing-masing, kita akan dapat pulih daripada kemelut ini tidak lama lagi."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >