Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Jelutung Habour kini ada mainan air

Sep 24, 2018 | 05:30 AM



BIASANYA taman permainan air hanya terdapat di taman bertema atau di sudut kanak-kanak pusat beli-belah.



Namun penduduk di Kawasanundi Perwakilan (GRC) Sembawang nampaknya tidak perlu berjalan jauh untuk mendapatkan keseronokan permainan air seperti itu dengan pelancaran Jelutung Harbour Park yang diperbaharui. Taman itu terletak di kawasan antara Blok 486 hingga 493 Admiralty Link.



Anggota Parlimen (AP) GRC Sembawang (Canberra), Dr Lim Wee Kiak, juga Penasihat Akar Umbi kawasanundi itu, dalam acara perasmian taman itu semalam berkata projek pembinaan semula taman itu menelan belanja $2 juta dengan 90 peratus dibiayai Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan 10 peratus dana daripada Majlis Bandaran Sembawang (SBTC).



Taman permainan air, yang merupakan yang pertama di taman permainan kanak-kanak awam di pusat kejiranan, menggunakan air kitaran semula dan mempunyai kawalan masa permainan 10 minit setiap kali dihidupkan demi menjimat kuasa elektrik.



Kos penyenggaraannya dibiayai SBTC, tambah beliau.



Mempunyai pelbagai fungsi permainan air, taman itu juga mempunyai ciri permainan buat kanak-kanak kurang upaya secara fizikal.



Taman itu beroperasi dari 9.30 pagi hingga 9.30 malam, dibuka percuma kepada orang ramai.



Taman itu dibina pada 2006 oleh HDB dan dinamakan Jelutung oleh mantan AP Dr Warren Lee sempena nama pokok yang terdapat di kawasan itu.



Nama 'habour' atau pelabuhan disertakan kerana kawasan itu juga dekat dengan Sembawang Harbour.



Pembukaan semalam yang disertai kira-kira 2,000 penduduk itu turut dimeriahkan dengan acara seperti Kesedaran Darurat; cabaran pendakian anak tangga flat HDB, Vertrical Challenge dan fiesta masyarakat.



Hadir menyerikan perasmian itu ialah AP GRC Sembawang lain merangkumi Menteri Pengangkutan Encik Khaw Boon Wan; Menteri Pendidikan Encik Ong Ye Kung; Setiausaha Parlimen Kanan Ehwal Dalam Negeri dan Kesihatan, Encik Amrin Amin; Pengerusi SBTC Encik Vikram Nair dan Dr Lim, yang juga naib pengerusi SBTC.



Turut dipersembahkan ialah sketsa lakonan tentang kesedaran menjaga keselamatan di kawasan kejiranan.



Ia mengajak penduduk tidak bersikap sambil lewa dan pada masa yang sama, mengamalkan sikap saling hormat menghormati dan prihatin antara satu dengan lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >