Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Taman paya bakau bakal dibuka di Pulau Ubin pada 2026 dengan 8,000 pokok ditanam

Oct 30, 2022 | 01:05 PM



RANCANGAN menanam 8,000 pepohon paya bakau di kolam akuakultur terpencil di Pulau Ubin diumumkan pada Sabtu (29 Oktober) sebagai sebahagian kerjasama Lembaga Taman Negara (NParks) dan OCBC Bank untuk menambah kapasiti bagi tampungan karbon di Singapura.



Pokok paya bakau ini akan ditempatkan di beberapa kolam Sungei Durian - dengan keseluruhan kawasan seluas 4 hektar - sepanjang pinggir pantai selatan kepulauan ini dengan tapak ini kelak dikenali sebagai Taman Paya Bakau OCBC.



Kerja-kerja yang dijangka siap menjelang 2026 dengan peluang riadah di tapak ini dijangka dibuka buat orang ramai.



OCBC akan menanam lagi 1,000 anak pokok di pinggir pantai sedang taman ini dibangunkan.



Keseluruhannya 9,000 pokok paya bakau dijadualkan  secara kolektif mengambil dan menampung hingga 30 juta kilogram karbon dioksida sepanjang hayat mereka.



Di acara pelancaran pada Sabtu, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata taman ini akan melengkapi huraian berasaskan alam semesta yang dilaksanakan NParks bagi menangani perubahan iklim.



Contoh termasuk perlindungan pinggir pantai dan pemulihan semula paya bakau di Pulau Tekong dan projek mewujudkan jalur pantai di Taman Alam Pantai Kranji.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >