Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Taman rakyat' akan diwujudkan di Tasik Jurong

Mar 08, 2016 | 08:18 AM



APABILA Taman Tasik Jurong akhirnya lengkap dan terbuka kepada orang ramai, ia akan menunjukkan ruang hijau baru di hab daerah terbesar di Singapura di luar pusat bandar.

Lembaga Taman Negara (NParks) pada Isnin (7 Mac) memberi gambaran keindahan yang boleh ditawarkan kawasan itu, dan mengundang tender bagi firma konsultan mereka bentuk bahagian tengah dan timur taman tersebut.

NParks berkata ia membayangkan kawasan tersebut sebagai 'taman rakyat' bagi melengkapkan Jurong Gateway, hab komersial Daerah Tasik Jurong.

Taman Tasik Jurong seluas 90 hektar itu, kira-kira 144 padang bola sepak, terdiri daripada tiga bahagian: Taman Tasik Jurong Barat, Tengah dan Timur. Sebelah barat, yang akan diselesaikan terlebih dahulu pada 2018, kini merupakan Jurong Lake Park.

Kawasan tengah, yang terdiri daripada Taman Jepun dan Taman Cina, dan sebelah timur, yang akan menempatkan Pusat Sains baru, akan disiapkan secara berperingkat mulai 2020.

NParks mahu reka bentuk konsep ketiga-tiga taman itu serasi dengan satu sama lain. Antara yang dicadangankan ialah rancangan menghidupkan semula kegiatan berkebun sebagai hobi dengan mendapatkan orang mewujudkan 'taman pameran' dan memaparkan kepakaran hortikultur mereka.

Pusat Sains baru, yang akan mempunyai persiaran selebar 15m didepannya, akan menjadi taman-taman itu sebagai alat pengajaran.

NParks berkata ia mahu taman-taman itu menawarkan kelegaan kepada pekerja pejabat di pusat komersial di situ dan ruang hijau bagi perniagaan menjalin rangkaian.

Taman-taman itu juga akan menampilkan teknologi pintar dan bertindak sebagai ujian bagi industri hijau dan produk mereka, katanya. Ini boleh termasuk ujian untuk kenderaan tanpa pemandu.

Rancangan bagi Taman Tasik Jurong Barat yang sudah ditandai termasuk laluan yang dipenuhi versi tempatan 'bunga sakura', seperti pokok Malayan crepe myrtle.

Penyerahan cadangan bagi tender itu ditutup pada 25 April. NParks akan menyenarai pendek lima firma untuk mengambil bahagian dalam peringkat kedua proses tender pada Jun. Sebuah syarikat akan dilantik menjelang akhir tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >