Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman riadah baru di Bukit Gombak dibuka akhir 2019

Sep 11, 2018 | 05:00 PM



Penduduk di Bukit Gombak bakal menikmati taman baru di kawasan itu pada akhir 2019.



Projek binaan Taman Bukit Gombak seluas 4.8 hektar - sekitar seluas tujuh padang bola sepak - dijangka bermula pada penghujung 2018 dan dijangka lengkap pada akhir 2019.



Ia akan dibina di padang lapang sepanjang Bukit Gombak West Avenue 5, bersetentangan Pusat Memandu Bukit Batok.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, Mayor Daerah Soutwest Cik Low Yen Ling berkata taman baru ini memperluas ruang riadah nun hijau di Gombak.



Ia terletak sekitar 1.6 kilometer dari Little Guilin di Taman Bandar Bukit Batok, dan sekitar 3.1 kilometer dari Taman Semula Jadi Bukit Batok. Semua tiga taman akan dihubungkan oleh laluan penghubung taman Taman Choa Chu Kang.



“Kami bertuah kerana mempunyai Little Guilin yang menawan untuk menjadi tumpuan utama di kawasan menghijau ini. Ruang riadah yang bakal diperluas dan dekat dengan tarikan semula jadi ini akan menambah kepada kedudukan ikonik kita sebagai tumpuan menghijau yang digemari pencinta alam,” kata Cik Low.



“Ramai penduduk di sini tertarik menetap di Bukit Gombak kerana ia menawarkan manfaat hidup dekat dengan alam semula jadi, terutama dalam kota maju seperti Singapura.”



Taman baru ini bakal dibina dengan ciri yang menyokong kegiatan berbilang generasi, bagi menggalak jalinan hubungan antara penduduk lebih tua dengan yang muda.



 Kemudahan yang bakal dibina di sana termasuk sebuah kafe, kawasan bersenam terbuka, laluan anjing dan laluan pejalan kaki di kawasan berbukit.



Pengarah kumpulan di jabatan pembangunan taman Lembaga Taman Negara (NParks) Cik Kartini Omar, memberitahu ST dalam kenyataan bahawa taman baru ini akan menambah kepada tarikan semula jadi iaitu Little Guilin dan Taman Semula Jadi Bukit Batok dan mendekatkan penduduk dengan alam.



NParks juga sedang bekerjasama dengan Cik Low dan ketua akar umbi untuk mendapatkan maklum balas penduduk berkenaan reka bentuk taman ini.



Penduduk yang ditemui berkata taman itu adalah sesuatu yang akan disambut dengan baik.



Pelajar Mikhail Razip, 18 tahun, berharap taman baru itu akan mengandungi lebih banyak kawasan yang boleh dimasuki awam, berbanding di Little Guilin, yang sebahagiannya diadang pepohon tebal.



Suri rumah Cik Amy Cheung, 45 tahun berkata beliau berharap taman baru ini akan memberikan lebih banyak ruang untuk penduduk berkebun.



Taman Bukit Gombak akan memuatkan kebun masyarakat dan kebun untuk menyemai tanam-tanaman.



Cik Cheung, yang menetap bersebelahan taman yang bakal dibina itu berkata: “Hampir 300 penduduk bersaing untuk mendapatkan ruang untuk berkebun, pada kali terakhir kita diberi peluang untuk berbuat demikian. Justeru, sebarang peluang bagi penduduk bercucuk tanam adalah sesuatu yang baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >