NPARKS telah membuka Taman Semula Jadi Thomson, taman semula jadi Singapura ketujuh, semalam.
Dengan biodiversiti yang kaya di samping menjadi tapak pemuliharaan utama monyet jenis Raffles' Banded Langur, taman sebesar 50 hektar itu juga unik disebabkan sejarahnya yang kaya kerana ia sebelum ini menempatkan Kampung Hainan.