Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman terapeutik baru dibuka di Pasir Ris dan Bedok Reservoir, yang pertama di kawasan timur

Mar 01, 2022 | 12:09 AM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) membuka dua tamat terapeutik baru di Taman Pasir Ris dan Taman Bedok Reservoir pada Isnin (28 Februari). 



Tapak Taman Pasir Ris adalah taman pertama di tepi laut yang menawarkan pengunjung pemandangan indah beberapa kelong di kawasan itu.



Sementara itu, kemudahan di Bedok Reservoir pula adalah yang pertama dibina di atas bekas kuari pasir serta mempunyai unsur menarik seperti ciri batu interaktif yang bertujuan menerapkan daya minda yang cergas menerusi terapi imbangan batu.



Taman terapeutik direka bagi menggalak pengunjung untuk berinteraksi dengan alam semesta lantas memperbaiki kesejahteraan diri mereka. Herba berwarna lagi harum serta bunga dan pepohon yang menarik fauna digunakan bagi membangkitkan deria pengunjung.



Bekas tanaman berdiri dan laluan berpusaran menjadikan taman ini mudah dimanfaatkan semua pihak termasuk pengguna kerusi roda dan warga emas.



Pengarah Taman NParks, Cik Kalthom Latiff, berkata: "Kami mahu warga Singapura merasakan bahawa mereka berhubung kait rapat dengan alam semesta, untuk meraih manfaat daripada diselubungi alam menghijau dalam cara yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan mereka seperti membantu mereka meleraikan tekanan."



Beliau menambah: "Taman ini sangat penting sebagai saluran membantu orang ramai dengan daya bingkas minda mereka khususnya sewaktu pandemik."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >