Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Terapeutik Choa Chu Kang Dilancar

Dua lagi taman 'penenang jiwa' di Sembawang dan Telok Blangah Hill susuli suku pertama tahun depan
Jul 07, 2018 | 10:54 PM



PENDUDUK di kawasan barat Singapura kini berpeluang menikmati suasana nyaman dan menenangkan di taman terapeutik baru yang bertempat di Taman Choa Chu Kang.



Taman tersebut dibuka Lembaga Taman Negara (NParks) petang tadi dengan program sokongan berjaya dijana hasil sumbangan sekitar $500,000 daripada Yayasan Ascendas-Singbridge Gives dan Tote Board menerusi Dana Kota Taman.



Ia dirasmikan Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang.



Peluasan berterusan rangkaian taman terapeutik serata Singapura juga bermakna lebih ramai penduduk Singapura kini mudah menikmati kemudahan yang disediakan serta program hortikultur terapeutik yang ditawarkan.



Kini terdapat lagi tiga taman serupa di HortPark, Taman Bishan-Ang Mo Kio dan Taman Tiong Bahru. Dua lagi akan dibuka menjelang suku pertama tahun depan di Taman Sembawang dan Taman Telok Blangah Hill.



Dalam satu kenyataannya, NParks menjelaskan bahawa taman yang letaknya di sebelah Taman Masyarakat 3-Generasi, ruang permainan kanak-kanak dan taman peruntukan khusus itu direka dengan menggunakan prinsip rekaan berasaskan ilmu Sains.



Interaksi penduduk dan kemesraan mereka dengan alam semesta bagi kesejahteraan minda masing-masing diharapkan dapat dipupuk menerusi taman ini.



Menurut NParks lagi, beberapa spesies pepohonan digunakan di setiap daripada empat zon yang tersedia di taman itu bagi mengembalikan daya ingatan atau menggerakkan deria panca indera setiap pengunjung.



Beberapa pepohonan yang ada di taman itu berbau wangi, boleh dimakan atau berfungsi sebagai bahan ubat-ubatan, berwarna atau mempunyai tekstur yang unik. Ada juga yang boleh menarik minat kupu-kupu dan unggas.



Dalam pada itu, program hortikultur terapeutik yang bakal tersedia mulai lewat bulan depan membantu penerima bantuan dan golongan kurang bernasib baik di bawah jagaan Rumah Kelompok Warga Emas Fei Yue, Pusat dan Rumah Jagaan Econ Medicare serta Rumah Jagaan MWS. Ia meliputi sesi penghayatan seni dan bunga serta berkebun.



Sejajar dengan itu, NParks juga bekerjasama dengan pegawai pengkaji dalam mengusahakan projek bagi membantu ramai memahami manfaat kesihatan yang ditawarkan taman dengan kehijauan alam semestanya.



Kajian ini adalah sebahagian daripada rangkaian penyelidikan yang meneroka cara kesihatan fizikal dan mental seseorang dipengaruhi seberapa kerap mereka berkunjung ke taman atau mengamalkan aktiviti 'hijau', rekaan landskap, latihan 'hijau' dan program hortikultur.



Tahun ini, dengan kerjasama Universiti Nasional Singapura (NUS), NParks memulakan dua projek kajian baru yang fokus pada kemudahan berkunjung ke taman dan menikmati alam semesta menghijau serta rekaan landskap. Kajian pertama adalah bersama Sekolah Perubatan Psikologi yang menyelidiki kesan menatap visual atau diselubungi ruang awam dengan ciri-ciri landskap yang berbeza terhadap kegiatan minda.



Kajian kedua pula dikendalikan bersama Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock. Ia melihat bagaimana taman, ruang menghijau dan ciri-ciri berbeza menyumbang pada kesihatan dan kesejahteraan secara menyeluruh.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >