KEMPEN SENTUHAN RAMADAN
Tambah ilmu agama sempena Ramadan
Manfaatkan gerbang baru LearnIslam.sg demi hayati ilmu, ketahui kawasan bertarawih dan masak juadah berkhasiat
May 30, 2016 | 05:30 AM
MASYARAKAT Islam setempat kini boleh melungsuri wadah sehenti LearnIslam.sg bagi mendapatkan ilmu dan bimbingan agama daripada asatizah setempat yang diiktiraf.
Sempena Ramadan ini, gerbang tersebut juga menyenaraikan jadual solat tarawih dan qiamullail, serta lokasi pengagihan bubur serata Singapura.