Tambah ilmu walau 'veteran' khidmat pelanggan
Pekerja Sats antara penerima manfaat pakej sokongan tambahan kurangi kesan Covid-19
Mar 05, 2020 | 05:30 AM
WALAUPUN sudah bekerja dalam industri perkhidmatan pelanggan selama 46 tahun, Encik Jeffrey Rozario percaya masih banyak yang perlu dipelajarinya.
Ini terutamanya penting memandangkan beliau kini bertugas sebagai kakitangan kontrak setelah bersara empat tahun lepas.