Tambah laluan basikal mungkin dipercepatkan beberapa tahun
Matlamat luaskan rangkaian sehingga 1,300 km
Dec 18, 2019 | 05:30 AM
RANCANGAN untuk memperluaskan rangkaian berbasikal mungkin dipercepatkan sedang pemerintah berusaha memperbaiki prasarana bagi mempermudahkan mobiliti aktif.
Perluasan laluan daripada 440 kilometer (km) kepada 1,300 km itu sepatutnya diselesaikan pada 2030 tetapi ia mungkin dipercepatkan beberapa tahun lebih awal.