SATU program melatih warga Singapura dan penduduk tetap bagi kerjaya dalam bidang kelautan akan menerima suntikan dana tambahan sebanyak $22 juta dalam tempoh lima tahun ini.
Program Latihan Nautika Tiga Pihak (TNTA) itu akan menerima sokongan dana daripada Agensi Pembangunan Tenaga Kerja Singapura (WDA), Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i), dan Kesatuan Pegawai Kelautan Singapura (SMOU).