Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambahan $27j untuk drebar teksi, kereta sewa privet

Dapat bantuan tunai $25 sehari daripada pemerintah dalam tempoh sekatan dipertingkat dek penumpang berkurang
May 22, 2021 | 05:30 AM



PEMANDU teksi dan kereta sewa privet akan menerima bantuan kewangan tambahan sedang jumlah penumpang merosot ekoran sekatan lebih ketat dalam tempoh Fasa Dua Dipertingkat Covid-19



Pemerintah akan memperuntuk dana tambahan $27 juta bagi Dana Bantuan Pemandu Covid-19 (CDRF).



Ini akan menyediakan bantuan tunai tambahan $10 sehari bagi setiap kenderaan, menjadikan bantuan yang diterima mereka berjumlah $25 sehari, daripada $15 sehari, atau $750 sebulan.



Bantuan ini diberi dari 16 Mei hingga akhir Jun, umum Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, dalam satu sidang media maya semalam.



Tokokan sekali sahaja itu adalah tambahan kepada dana $188 juta yang diperuntuk dari Januari hingga Jun.



Encik Iswaran berkata langkah itu, yang bakal memberi manfaat kepada sekitar 56,000 pemandu, diambil selepas trend penumpang diperhatikan merosot ketara sejak penguatkuasaan Fasa Dua Dipertingkat.



Antara sekatan di bawah fasa itu termasuk orang ramai boleh keluar rumah dalam kumpulan hanya dua orang sahaja dan tidak dibenarkan makan di luar.



"Sebelum Fasa Dua Dipertingkat, jumlah penumpang sekitar 80 peratus daripada kadar sebelum Covid-19.



"Data terkini Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) beberapa hari lalu menunjukkan jumlah itu kini sekitar 55 peratus.



"Ini adalah satu kemerosotan besar dan kita juga harus pantau kesan daripada langkah lain yang sudah dilaksana terhadap jumlah penumpang, seperti pembelajaran dari rumah," ujar Encik Iswaran.



"Pada akhirnya, kami mengakui bahawa pemandu kita memerlukan bantuan khusus dan segera untuk menolong mereka mengharungi tempoh mencabar ini.



"Ini juga untuk memastikan pemandu kita dapat terus menyediakan khidmat penting bagi masyarakat."



Bantuan baru itu diputuskan selepas rundingan dengan Persatuan Teksi Nasional (NTA), Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) serta pengendali teksi dan kereta sewa privet.



Semua pemandu layak akan menerima tokokan itu secara automatik.



Pengendali teksi dan kereta sewa privet juga telah melanjutkan diskaun dan pelepasan sewa. Misalnya, ComfortDelGro mengumumkan pelepasan sewa 50 peratus manakala pengendali teksi lain komited memberi diskaun sewa tambahan sekurang-kurangnya $5 sehari.



Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Yeo Wan Ling, yang juga penasihat NTA dan NPHVA, berbesar hati dengan sokongan segera dan bertepatan masa pemerintah, pengendali teksi dan kereta sewa privet.



"Sedang pemulihan dijangka lebih lama dari sebelumnya, kami akan terus bekerja rapat untuk menyokong pekerja kita, melindungi sumber pendapatan mereka dan #bangkitlebihkukuh sebagai sebuah masyarakat," ujar beliau.



Gojek telah mengurangkan komisyennya untuk pemandu. Pengendali kereta sewa privet akan memberi lebih banyak butiran mengenai sokongan mereka, kata satu kenyataan LTA.



"Grab komited menyokong rakan pemandu dalam tempoh mencabar ini dan akan berkongsi lebih banyak butiran mengenai program sokongan kami nanti," kata jurucakap Grab semalam.



Encik Iswaran juga berkata pemerintah sedang meneliti kemungkinan melanjutkan bayaran CDRF melewati Jun, memandangkan jumlah penumpang akan mengambil masa untuk pulih pada akhir tempoh Fasa Dua Dipertingkat.



Sementara itu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan melanjutkan tempoh percuma meletak kereta.



Ini khususnya bagi membantu pemandu teksi dan kereta sewa privet, menjalankan tugas penghantaran makanan memandangkan penumpang semakin kurang, ujar Encik Iswaran.




"Pada akhirnya, kami mengakui bahawa pemandu (teksi dan kereta sewa privet) kita memerlukan bantuan khusus dan segera untuk menolong mereka mengharungi tempoh mencabar ini. Ini juga untuk memastikan pemandu kita dapat terus menyediakan khidmat penting bagi masyarakat."
- Encik S. Iswaran, Menteri Pengangkutan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >