Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambahan $44 juta bagi dermasiswa dipertingkat

Aug 22, 2019 | 05:16 PM



SEKITAR 55,000 mahasiswa dan pelajar diploma Singapura akan meraih manfaat daripada dermasiswa dipertingkat pada tahun akademik depan (AY2020), dengan pemerintah menyuntik tambahan $44 juta setiap tahun untuk dermasiswa itu.



Bagi mahasiswa, kenaikan nilai dermasiswa itu adalah sehingga $2,200 untuk yuran tahunan mereka, manakala kenaikannya adalah sehingga $400 bagi pelajar diploma.



Sementara itu, Kementerian Pendidikan (MOE) juga akan menyediakan peluang bagi semua lulusan ITE untuk melanjutkan pelajaran dan mengecapi kelulusan melebihi Nitec dalam jangka masa kerjaya mereka, menjelang 2030.



Hari ini, hanya tujuh dalam 10 lulusan Nitec berbuat demikian.



Ini diumumkan Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu sidang media pada hari Khamis (22 Ogos) untuk memperincikan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Rapat Hari Kebangsaan Ahad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >