Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambahan rakyat baru tidak banyak jejas kadar pengangguran rakyat, kata Josephine Teo

Feb 03, 2020 | 05:18 PM



Tambahan rakyat baru mempunyai kesan kecil ke atas kadar pengangguran rakyat Singapura, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, di Parlimen pada Isnin (3 Feb).



Beliau menjawab soalan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi, Encik Leon Perera, tentang sejauh manakah individu bekerja yang menjadi rakyat baru setiap tahun menjejas bagaimana kadar pengangguran rakyat ditentukan.



Cik Teo menjelaskan bahawa perangkaan itu adalah berdasarkan Tinjauan Tenaga Buruh, yang meminta kerakyatan responden semasa tinjauan dijalankan tetapi tidak memerlukan responden menandakan bila beliau mendapatkan kerakyatan.



Justeru, membahagikan kadar pengangguran mengikut tempoh kerakyatan adalah sesuatu yang mungkin tidak dapat dilakukan, tambah beliau. 



Walau bagaimanapun, beliau berkata penambahan rakyat baru tidak mengubah kadar pengangguran rakyat dalam apa jua cara penting.



“Katakan kadar pengangguran rakyat ialah 3 peratus. Ini bermakna, jika terdapat hanya 100 rakyat dalam tenaga buruh, tiga daripada mereka menganggur.



“Katakan seorang rakyat baru, yang bekerja, dimasukkan ke dalam tenaga buruh. Ini bererti terdapat pertumbuhan 1 peratus dalam tenaga buruh rakyat.



“Kini terdapat 101 rakyat dalam tenaga buruh, namun masih ada hanya tiga yang menganggur. Hasilnya, kadar pengangguran rakyat jatuh sebanyak 0.03 mata peratusan kepada 2.97 peratus," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >