Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang bas akan kekal dimampui sekalipun dinaikkan: Khaw

Aug 29, 2016 | 08:59 AM



MODEL kontrak bas Pemerintah akan meningkatkan taraf perkhidmatan tetapi peningkatan itu tidak dapat dikekalkan tanpa menaikkan tambang, kata Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan.



Bagaimana jika tambang dinaikkan, Majlis Pengangkutan Awam (PTC) akan memastikan ia kekal dimampui, ujar beliau kepada akhbar Cina Lianhe Zaobao dalam satu temu bual e-mel yang dilaporkan pada Ahad (28 Ogos).



Model kontrak bas berkuat kuasa pada Khamis.



Encik Khaw, yang juga Menteri Penyelaras bagi Prasarana, berkata Pemerintah akan terus memastikan kos pengangkutan awam tidak menjadi satu beban yang tidak wajar ke atas rakyat.



Di bawah model itu, Pemerintah memiliki semua aset operasi, yang disewakan kepada pengendali bas, yang akan dibayar oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi menyediakan perkhidmatan bas dan hasil tambangnya akan diambil Pemerintah.



Encik Khaw berkata matlamatnya ialah mempunyai bas milik Pemerintah supaya dapat respon dengan lebih cepat kepada perubahan keperluan penumpang. Beliau juga melahirkan harapan tempoh kontrak operasi lebih pendek akan menjadikan industri itu lebih berdaya saing.



Apabila ditanya mengenai peranan yang akan dimainkan model kontrak bas baru itu apabila jarak yang dilalui laluan MRT mengembang kepada 360km menjelang 2030, Encik Khaw berkata sukar meramalkan keadaan trafik selepas 2030.



Bagaimanapun, beliau percaya bas akan terus memainkan peranan penting dalam pengangkutan awam di sini, seperti di bandar seperti New York, London dan Tokyo, yang mempunyai rangkaian kereta api bawah tanah maju.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >