TAMBANG bas dan kereta api secara umumnya akan naik sebanyak 3.2 peratus mulai 6 April ini.
Ini bermakna, secara purata, tambang pengangkutan awam untuk orang dewasa naik sebanyak $21 setahun, tambang untuk warga emas naik $10 setahun dan tambang untuk pelajar naik $7 setahun.
Pelbagai peningkatan konsesi untuk pelajar di setiap peringkat dan pegawai perkhidmatan negara telah diperkenalkan untuk membantu mereka mengharungi kenaikan tersebut.
Pas Konsesi Bulanan (MCP) untuk orang dewasa dan warga emas juga akan diperkenalkan.
Golongan kurang upaya dan pekerja bergaji rendah kurang $1,900 sebulan berusia di bawah 60 tahun akan diberi potongan tambang antara 15 dengan 25 peratus.
Pemerintah juga akan mengeluarkan $7.5 juta daripada Dana Pengangkutan Awam untuk menyediakan 250,000 baucar $30 untuk membantu keluarga memerlukan.
Baucar itu boleh digunakan untuk membeli atau menokok kad tambang atau untuk membeli MCP.