Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Tambang bas, kereta api naik 6 sen mulai 29 Disember

Setempat
27
0

Tambang bas, kereta api naik 6 sen mulai 29 Disember

Oct 30, 2018 | 05:38 PM

TAMBANG bas dan kereta api naik enam sen mulai 29 Disember, sebagai sebahagian daripada semakan tahunan yang diluluskan Majlis Pengangkutan Awam (PTC). 

Tambang kereta api bagi perjalanan ke satu destinasi dan tambang bas dewasa tunai akan naik sebanyak 10 sen. 

Namun kenaikan tambang kad bagi pelajar dan warga emas akan dihadkan kepada satu sen, manakala tambang tunai mereka tidak akan diubah. 

Kenaikan tambang bagi pekerja bergaji rendah dan individu kurang upaya juga akan dihadkan kepada satu sen. 

Perubahan tersebut diumumkan oleh PTC hari ini.

Penyesuaian tambang tersebut akan diterjemahkan kepada peningkatan $78.2 juta dalam pendapatan pengendali pengangkutan awam untuk tahun 2019. 

Daripada jumlah tersebut, pendapatan dari kereta api akan meningkat sebanyak $35 juta. 

Kos operasi bas dan kereta api telah meningkat 26 peratus disebabkan harga tenaga yang meningkat dan sumber bertambah yang diperlukan bagi mengendalikan rangkaian pengangkutan awam yang lebih luas, kata MOT.

Ia akan terus memberi subsidi sejumlah $5 bilion untuk perkhidmatan bas awam dan $4 bilion bagi memperbaharui aset kereta api bagi tempoh lima tahun akan datang. 

Menjawab pertanyaan wartawan pada sidang akhbar semalam, pengerusi PTC Encik Richard Magnus berkata kenaikan ini diharap dapat merapat jurang antara pendapatan daripada tambang bas dan keretapi dengan kos operasi dan penyenggaraan bagi mengendalikan pengangkutan awam.

Keluarga yang berminat mendapatkan Baucar Pengangkutan Awam (PTV)  boleh membuat permohonan di kelab masyarakat dari 12 November ini hingga 31 Oktober 2019.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3