Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang bas, tren naik hingga 5 sen

Berikutan kos tenaga meningkat, inflasi teras, kenaikan gaji dan produktiviti: Majlis Pengangkutan Awam
Oct 13, 2022 | 05:30 AM



TAMBANG pengangkutan awam akan naik sebanyak 2.9 peratus mulai 26 Disember ini, menyebabkan peningkatan 1 sen bagi setiap perjalanan untuk separuh penduduk Singapura.



Tambang kad untuk penumpang dewasa naik empat sen bagi perjalanan hingga 8.2 kilometer dan naik lima sen bagi perjalanan lebih 8.2 kilometer.



Kenaikan tambang kad konsesi pula dihadkan kepada 1 sen bagi setiap perjalanan untuk memastikan tambang kekal rendah bagi pelajar, warga emas, individu kurang upaya dan pekerja bergaji lebih rendah.



Harga pas konsesi bulanan, pas perjalanan bulanan dewasa dan tambang tunai tidak berubah.



Demikian diumumkan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dalam satu sidang media semalam.



Menurut PTC, peningkatan 2.9 peratus itu hanya sebahagian daripada kenaikan tambang maksimum sebanyak 13.5 peratus yang dijana oleh formula tambang yang digunakan dalam Latihan Semakan Tambang tahun ini.



Ini adalah kenaikan tambang tertinggi yang dijana oleh formula tambang itu sejak ia dilaksanakan pada 2005.



Penyumbang utama kepada peningkatan itu ialah kos tenaga, yang naik sebanyak 117 peratus tahun lalu disebabkan oleh krisis tenaga sejagat, kata PTC.



Formula tambang itu turut mengambil kira inflasi teras, kenaikan gaji dan produktiviti.



Pengendali pengangkutan SMRT Trains dan SBS Transit telah meminta kenaikan tambang penuh 13.5 peratus tahun ini, dengan menukil kos tenaga, inflasi sejagat dan cabaran dalam mendapatkan dan mengekalkan bakat sambil memastikan tahap perkhidmatan dan kebolehpercayaan yang tinggi.



PTC berkata baki 10.6 peratus akan dibawa ke Latihan Semakan Tambang pada tahun-tahun akan datang.



Ini dapat dilakukan dengan subsidi pengangkutan awam tambahan daripada pemerintah sebanyak $200 juta tahun depan.



Ini di samping subsidi lebih $2 bilion setahun yang diberikan pemerintah untuk mengendalikan perkhidmatan bas dan kereta api.



"Tambang pengangkutan awam akan perlu naik bagi menampung lonjakan dalam harga tenaga dan kos yang semakin meningkat termasuk gaji untuk pekerja pengangkutan awam kita," kata pengerusi PTC, Cik Janet Ang.



"Semasa pertimbangan kami, majlis sebulat suara dalam keputusan kami bahawa kami perlu melindungi penumpang daripada kenaikan tambang yang besar tahun ini," tambahnya.



Beliau berkata majlis itu menetapkan had 2.9 peratus bagi kenaikan tambang pengangkutan awam tahun ini kerana ia hampir dengan kadar inflasi semasa dan sedikit lebih rendah daripada peningkatan gaji yang dijangkakan.



"Kami berterima kasih pemerintah menyokong keputusan ini dengan memberi subsidi tambahan $200 juta untuk pengangkutan awam tahun depan," kata Cik Ang yang juga Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Kenaikan tambang maksimum yang dibenarkan sebanyak 13.5 peratus tahun ini dikira selepas mengecualikan Faktor Kapasiti Rangkaiannya (NCF) daripada formula tambang memandangkan kesan Covid19 ke atas bilangan penumpang bagi keseluruhan tahun lalu, kata PTC.



NCF diperkenalkan pada 2018 untuk mencerminkan perubahan kos disebabkan peningkatan kapasiti pengangkutan awam, tetapi ia tidak dapat menjejak perubahan jangka pendek kepada permintaan dan bekalan.



Tahun lalu, 5.3 juta perjalanan harian dilakukan dengan bas dan kereta api.



Ini membentuk 68 peratus daripada rekod tertinggi 7.7 juta yang dicatat pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda.



Hingga bulan lalu, bilangan penumpang pengangkutan awam telah pulih ke sekitar 80 peratus paras sebelum pandemik, kata PTC.



Laporan lanjut: Pemerintah akan agih 600,000 baucar $30 bantu warga susah atasi kenaikan tambang




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >