Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang kad bagi bas, MRT naik 1-4 sen mulai 26 Dis

PTC: Satu dalam dua penumpang akan terus terima tambang bersubsidi
Nov 04, 2021 | 05:30 AM



TAMBANG kad untuk pengangkutan awam bas dan kereta api akan naik 1 hingga 4 sen bagi setiap perjalanan mulai 26 Disember ini.



Pemegang kad dewasa perlu membayar lagi 3 sen bagi perjalanan sehingga 14.2 kilometer dan tambahan 4 sen bagi perjalanan melebihi jarak itu.



Bagi pemegang kad konsesi yang termasuk pelajar, warga emas, individu kurang upaya dan mereka yang menerima konsesi pengangkutan Skim Daya Kerja, kenaikan tambang dihadkan kepada 1 sen.



Ini bermakna sekitar 2 juta warga Singapura atau satu dalam dua penumpang di sini akan terus menerima tambang bersubsidi, kata Majlis Pengangkutan Awam (PTC) yang membentangkan saranan bagi semakan tambang tahun ini semalam.



Majlis itu mengumumkan tiada perubahan bagi tambang bas yang dibayar secara tunai dan pembayaran untuk tiket bagi satu perjalanan kereta api.



Harga konsesi dan pas perjalanan bulanan juga tidak berubah, kata PTC dalam kenyataannya itu.



Dengan kenaikan tambang ini, ia bermakna, pengecualian daripada kenaikan tambang pengangkutan awam yang diberikan pada 2020 untuk membantu penduduk semasa pandemik Covid-19 ini tidak dilanjutkan tahun ini.



Kali terakhir tambang perjalanan bas dan kereta api awam diubah adalah pada 2019 dengan tambang bagi dewasa naik 9 sen dan tambang konsesi naik 4 sen.



Pengerusi PTC, Encik Richard Magnus, berkata: "Saya berharap kami dapat membuat pengumuman yang sama (seperti tahun lalu) buat tahun ini, tetapi selepas beberapa hari menimbangkan semua faktor, kami memutuskan ia adalah mustahil untuk kami mengekalkan tambang semasa."



Menurutnya, PTC telah mengehadkan kuantum kenaikan tambang 4.4 peratus yang dimohon pengendali pengangkutan awam SBS Transit dan SMRT tahun lalu kepada 2.2 peratus tahun ini.



Ini meskipun kedua-dua syarikat itu menghadapi tekanan kos operasi yang lebih tinggi ekoran kos tenaga dan kos pembersihan yang meningkat semasa pandemik ini serta mengekalkan perkhidmatan di paras yang sama seperti sebelum Covid-19 walaupun dengan bilangan penumpang yang merosot.



PTC juga telah mengecualikan Faktor Kapasiti Rangkaiannya (NCF) disebabkan situasi luar biasa dari Februari hingga Disember tahun lalu.



NCF diperkenalkan pada 2018 untuk mencerminkan perubahan kos disebabkan peningkatan kapasiti pengangkutan awam, tetapi ia tidak dapat menjejak perubahan jangka pendek kepada permintaan dalam situasi luar biasa, kata PTC.



Ketua Eksekutif PTC, Encik Tan Kim Hong, berkata jika pihaknya menimbangkan faktor NCF kali ini, pengguna pengangkutan awam boleh menjangkakan kenaikan kos tambang sekitar 60 sen setiap perjalanan.



Encik Magnus berkata matlamat PTC secara dasar adalah untuk mencari "keseimbangan yang selesa", bagi memastikan tambang pengangkutan awam kekal berpatutan bagi penumpang meskipun ada tekanan dari segi kos operasi yang kian meningkat.



Dengan itu, beliau juga mengumumkan pemerintah telah menawarkan rekod 600,000 baucar pengangkutan awam bernilai $30 setiap satu untuk membantu penumpang menyesuaikan diri kepada kenaikan tambang itu dan proses permohonan untuk mendapatkan baucar itu akan dibuat lebih mudah.



LAPORAN SELANJUTNYA: 600,000 baucar pengangkutan awam bakal disediakan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >