Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang tren, bas naik 7% mulai hujung tahun

Oct 09, 2019 | 05:30 AM



MULAI 28 Disember ini, tambang bas dan kereta api akan dinaikkan 7 peratus, atau sebanyak sembilan sen setiap perjalanan bagi orang dewasa yang menggunakan kad tambang.



Namun, kenaikan itu lebih rendah bagi sekitar dua juta penumpang, atau lebih separuh warga Singapura termasuk warga emas, pekerja bergaji rendah, pelajar serta penumpang kurang upaya yang menikmati tambang konsesi.



Bagi golongan tersebut, tambang kad mereka akan naik 4 sen setiap perjalanan.



Buat kali pertamanya, tambang konsesi itu akan diluaskan kepada pelajar politeknik dan pelajar diploma lain.



Ini diumumkan Majlis Pengangkutan Awam (PTC) dalam satu taklimat media semalam.



Kenaikan tambang itu adalah paling tinggi dibenarkan di bawah formula yang ditetapkan, dan merupakan terbesar dari segi peratusan sejak 1998, didorong kenaikan kos tenaga.



Meskipun dengan kenaikan tambang itu, PTC berkata tambang bas dan MRT di sini kekal antara yang paling dimampui dalam kalangan bandar-bandar di serata dunia.



LAPORAN LANJUT: Penumpang dewasa bayar tambahan 9 sen bagi setiap perjalanan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >