MENJELANG PILIHAN RAYA

'Tamparan' wanita dalam politik kian menyengat

DENGAN penyertaan Cik Rahayu Mahzam, 35 tahun, sebagai antara calon Anggota Parlimen (AP) baru, bilangan wanita Melayu yang bertanding bagi kerusi Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya 11 September ini bertambah kepada empat orang.

Selepas berkhidmat kepada masyarakat di peringkat persatuan dan akar umbi sejak berusia 17 tahun, peguam itu mengikuti jejak AP wanita Melayu Islam sebelum ini - Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob; Profesor Madya Dr Fatimah Lateef; dan Dr Intan Azura Mokhtar - mahu mendekati dan membantu orang ramai di peringkat yang lebih tinggi dalam Parlimen.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun