Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS

Tampil bantu penduduk bersihkan rumah sempena Tahun Baru Cina

Beberapa badan masyarakat dan entiti korporat dan pihak bantu diri lain telah mengambil kesempatan musim perayaan ini untuk memberi sumbangan kepada golongan yang lebih memerlukan dalam masyarakat. BERITA HARIAN melaporkan.
Jan 29, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA pertubuhan masyarakat telah tampil sejak awal bulan ini untuk membantu penduduk memerlukan membersihkan rumah mereka sempena Tahun Baru Cina ini.



Sebagai contoh, Projek Refresh, satu inisiatif oleh sayap belia Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan CDC North East mengecat 23 unit HDB.



Relawan dari Persatuan Rakyat (PA) pula menganjurkan projek membersihkan rumah sejak hujung minggu lalu.



Seramai 40 orang muda dari Rangkaian Belia Marine Parade dan rakan kongsi dalam masyarakat pula melawat penghuni di 15 flat HDB untuk membantu warga emas membersihkan rumah dan membuang barang yang tidak diperlukan.



Antara penduduk yang menerima bantuan sedemikian dari sebuah pertubuhan tidak mengambil untung, Habitat for Humanity ialah Encik Mohamed Euno, 69 tahun yang tinggal sebatang kara di rumah sewa dan mempunyai masalah lipas yang mengganggu tidurnya setiap hari.



Beliau berkata terpaksa menggunakan racun serangga untuk menghalau serangga itu sebelum lena.



Habitat for Humanity telah meluangkan masa dua bulan untuk membuang sampah dan membersihkan rumahnya, dan beliau kini dapat berehat dengan lebih selesa.



Menurut Encik Mohamed, beliau tidak berdaya untuk membersihkan rumahnya kerana bimbang terjatuh.



Bercakap dengan The Straits Times (ST) baru-baru ini, beliau berkata beliau telah dua kali terjatuh pada Julai tahun lalu dan kini mengalami kesukaran untuk membuat kerja rumah seperti membasuh pakaian.



Justeru, flat dua bilik di Ang Mo Kio yang didiami Encik Mohamed dipenuhi timbunan pakaian yang belum dibasuh semasa beliau pertama kali dikunjungi Habitat For Humanity. Pada ketika itu, beliau memiliki lebih 2,000 helai pakaian.



Sejak November lalu, relawan dari Habitat for Humanity telah membantu Encik Mohamed memilih pakaian untuk disimpan dan membuang yang tidak diperlukan lagi.



Mereka juga membantu membuang barang makanan yang telah luput tarikh gunanya, kerana Encik Mohamed tidak lagi berdaya untuk berdiri dan masak dan kini bergantung pada makanan yang diberikan kepadanya dua kali sehari oleh Touch Community Services.



Pekerja penghapus haiwan perosak juga telah dipanggil untuk menghapuskan lipas, yang berkeliaran di rumah itu dan mendorong Encik Mohamed untuk sentiasa memegang racun serangga.



Encik Mohamed berkata:



"Sukarelawan ini telah banyak berjasa kepada saya. Mereka telah membuat perubahan yang menyeluruh pada rumah saya.



"Saya tidak menyambut Tahun Baru Cina, tetapi saya gembira kerana ada rakan-rakan baru yang meraikannya bersama saya."



Sementara itu, seorang lagi warga emas yang menerima bantuan semasa musim perayaan ini ialah Encik Foo Keng Sung, yang tinggal di rumah sewa dua bilik.



Encik Foong, 83 tahun tidak mempunyai sokongan keluarga dan berkata beliau mengalami kesukaran untuk membersihkan rumahnya.



Pada Sabtu lalu, relawan akar umbi dari PA telah mengunjungi beliau untuk berbual-bual dengannya dan mengelap habuk di jendela rumahnya.



Encik Foong yang telah bersara sebagai akauntan, berkata:



"Kini saya lebih tua, dan tidak boleh panjat dan membersihkan jendela kerana saya bimbang akan jatuh."



Beliau mempunyai seorang anak perempuan, yang tinggal di Hong Kong dan kali terakhir melawatnya sebelum pandemik bermula.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >