Tan Cheng Bock kemuka mohon bentuk parti politik baru, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Tan Cheng Bock kemuka mohon bentuk parti politik baru

Jan 19, 2019 | 05:30 AM

BEKAS calon presiden Dr Tan Cheng Bock telah memohon untuk membentuk sebuah parti politik baru.

Dalam satu catatan Facebook semalam, Dr Tan berkata beliau dan 11 lagi "warga Singapura yang sehaluan" yang termasuk bekas kader Parti Tindakan Rakyat (PAP), telah memfailkan permohonan kepada Pendaftar Persatuan untuk membentuk Parti Kemajuan Singapura (Progress Singapore Party) dua hari yang lalu.

Beliau berkata langkah itu telah tercetus daripada perbualan beliau dan pasukannya bersama rakyat Singapura dari pelbagai lapisan masyarakat selama bertahun-tahun.

"Saya rasa bertanggungjawab untuk tampil mewakili mereka di Parlimen. Oleh itu, saya memutuskan untuk membentuk parti politik untuk menambah suara berbeza di Parlimen," kata Dr Tan, bekas Anggota Parlimen (AP) PAP bagi Ayer Rajah yang mengundur diri pada 2006.

Dr Tan menambah, keputusan untuk menubuhkan parti sendiri itu bukanlah sesuatu yang diambil dengan mudah.

Discover Malay Home Based Businesses

Beliau dan pasukannya telah menimbangkan pelbagai pilihan, termasuk menyertai parti pembangkang sedia ada, mengambil alih kepimpinan parti lain dan bertanding sebagai calon bebas.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membuat tawaran yang murah hati, saya mempertimbangkan semuanya dengan serius dan ia satu keputusan sukar, tetapi saya rasa ia yang sewajarnya," katanya.

Walaupun memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti baru, Dr Tan berkata beliau dan pasukannya "masih berharap untuk bekerjasama dengan pihak pembangkang lain yang mengutamakan negara sebelum parti atau diri sendiri".

Dr Tan berkata pada usia 78 tahun, beliau mempunyai tempoh singkat yang ingin beliau gunakan untuk membimbing dan membangun Anggota Parlimen masa depan yang akan bekerja demi kebaikan negara.

Beliau berkata: "Kami mahu membina Singapura yang penuh belas kasihan serta benar-benar demokratik yang mementingkan nilai dan orang yang baik.

"Kebebasan pilihan dan kebebasan bersuara tanpa rasa takut mesti dipertahankan."

Beliau berkata satu sidang akhbar akan diadakan selepas parti itu mendapat kelulusan daripada Pendaftar Persatuan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map