Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tan Cheng Bock umum esok sama ada akan tandingi pilihan raya presiden

Mar 10, 2016 | 10:58 AM



DR Tan Cheng Bock, yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden 2011, dijangka mengumumkan esok tentang kemungkinan beliau bertanding lagi pada 2017.



Mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi Ayer Rajah dari 1980 hingga 2006 itu kalah dalam pilihan raya 2011 kepada Presiden Tony Tan Keng Yam dengan 7,382 undi, iaitu 0.35 mata peratusan, dalam pertandingan empat penjuru.



Dr Tan, 75 tahun, menulis dalam laman Facebooknya pada Rabu (9 Mac): "Pada Pilihan Raya Presiden lalu pada 2011, sekitar 738,000 rakyat Singapura mengundi saya. Ramai kawan dan penyokong saya telah bertanya apakah saya berhasrat bertanding dalam Pilihan Raya Presiden akan datang pada 2017.



"Saya harus menjawab pertanyaan mereka. Jumaat ini, saya akan membiarkan rakyat Singapura tahu hasrat saya," katanya.



The next presidential election must be held by August next year.



Dr Tan enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, tetapi desas-desus beliau mungkin bertanding.



Beliau merancang mengadakan sidang akhbar pada 10.30 pagi Jumaat di bangunan MHC Asia Healthcare di Commonwealth. Isterinya, Cik Cecilia pengerusi syarikat penjagaan kesihatan itu.



Pos Dr Tan itu datang di tengah-tengah semakan yang sedang dijalankan ke atas jawatan presiden dipilih oleh satu Suruhanjaya Perlembagaan sembilan anggota yang dipengerusikan Ketua Hakim Sundaresh Menon.



Semakan itu akan memberi tumpuan pada kriteria siapa layak bertanding dalam pilihan raya itu, peruntukan bagi memastikan seseorang daripada masyarakat minoriti Singapura mempunyai peluang adil dan mencukupi untuk dipilih sebagai Presiden, dan memperbaiki peranan serta keanggotaan Majlis Penasihat Presiden.



Beberapa penyokong Dr Tan, dalam komen di media sosial, melihat semakan itu sebagai satu percubaan membatalkan kelayakan beliau bertanding.



Pilihan Raya Presiden 2011 turut ditandingi Encik Tan Jee Say dan Encik Tan Kin Lian.



Encik Tan Jee Say berkata Sabtu lalu bahawa beliau tidak menolak akan bertanding dalam dalam pilihan raya akan datang jika beliau layak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >