Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanah diguna sebaik mungkin dalam projek rawatan sisa pepejal, air bersepadu

nea
Aug 18, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH loji rawatan sisa bersepadu yang bakal dibina di Tuas akan menjadi projek prasarana pertama oleh lembaga berkanun di sini yang dibiayai menerusi bon hijau, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu semalam.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) - lembaga berkanun di bawah kementeriannya - telah membentuk rangka kerja bon hijau dan program mengumpul dana pembangunan menggunakan 'note' atau nota berbilang matawang bagi jangka pertengahan bernilai $3 bilion bagi tujuan tersebut.



Hasil usaha itu akan digunakan untuk menyokong projek berciri daya tahan yang memenuhi kriteria kelayakan dalam rangka kerja tersebut.



Pembangunan sedemikian memberikan manfaat kepada sekitaran menerusi pemulihan sumber dan penggunaan tanah secara lebih berkesan.



Salah satu projek kemampanan yang memenuhi kriteria kelayakan dalam rangka kerja Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ialah Kemudahan Pengurusan Sisa Bersepadu Tuas Nexus.



Ia akan menjadi yang paling maju dan cekap dalam rantau ini, kata ketua eksekutif NEA Luke Goh.



Ia akan "merawat aliran sisa berasingan dengan kecekapan tenaga lebih besar dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida keseluruhan daripada pengurusan sumber sisa Singapura", tambahnya.



Butiran lanjut mengenai pemberian Bon Hijau NEA di bawah program surat pinjam (atau note, iaitu dokumen sah, mewakili pinjaman, yang diberi pengeluar kepada pemiutang atau pelabur) bertempoh sederhana akan diumum kelak, kata agensi tersebut.



Tuas Nexus terdiri daripada dua kemudahan - Loji Penambakan Air Tuas, yang akan diurus agensi air negara PUB, dan Kemudahan Pengurusan Sisa Bersepadu yang akan dikendalikan NEA.



Sama-sama, ia membentuk projek rawatan sisa pepejal dan air bersepadu pertama Singapura, dan akan siap mulai 2025, lapor akhbar The Straits Times.



Tanah digunakan sebaik mungkin, memandangkan pembangunan bersepadu itu menjimatkan hingga 2.6 hektar tanah, iaitu sebesar empat padang bola sepak, berbanding membina dua kemudahan berasingan.



Dengan merawat kedua-duanya - sisa makanan dan air terpakai - di tapak sama, lebih banyak biogas boleh dihasilkan dan digunakan sebagai tenaga oleh projek tersebut.



Ditambah lagi dengan sumber tenaga boleh diperbaharui lain, termasuk panel suria dan penukaran haba yang dihasilkan pembakar menjadi elektrik, ia akan berupaya mempunyai tenaga yang cukup secara sendiri.



Tender bernilai hingga lebih $5 bilion untuk kerja kejuruteraan elektrikal, mekanikal, dan sivil bagi Tuas Nexus akan dikeluarkan secara bertahap sepanjang lima tahun, kata NEA dan PUB pada 2018.



Pemberian bon hijau oleh NEA akan membantu membangunkan pasaran dan huraian pembiayaan hijau, lantas menyokong visi Singapura hendak menjadi pusat peneraju bagi pembiayaan hijau, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semasa melancarkan Persatuan Kitar Semula Plastik Singapura.



Republik ini, dengan kekuatannya sebagai hab kewangan, telah mengenal pasti pembiayaan hijau sebagai ruang pertumbuhan di bawah Pelan Hijau bagi pembangunan mampan.



Pembiayaan hijau melibatkan pelaburan dalam projek yang mempunyai hasil sekitaran positif.



Program surat pinjam bertempoh sederhana dan rangka kerja bon hijau tiba setelah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata sebelum ini semasa Belanjawan tahun ini bahawa pemerintah akan mengeluarkan bon hijau bagi projek infastruktur awam tertentu, termasuk Tuas Nexus.



Sewaktu acara semalam di Akademi Kemampanan Singapura di City Square Mall, Cik Fu berkata pemerintah secara sendirian tidak boleh mencapai ekonomi putaran di mana setiap sumber diguna semula berulang kali dan bagi tempoh seberapa lama yang mampu.



Justeru, penubuhan Persatuan Kitar Semula Plastik Singapura datang tepat pada waktunya.



Persatuan itu merupakan inisiatif Dewan Perniagaan dan Perusahaan Singapura-Jerman dan terdiri daripada syarikat pengurusan sisa, pengeluar kimia, agensi pemerintah dan institut pendidikan tinggi.



Persatuan itu mengumumkan dua bidang tumpuan utama sewaktu pelancarannya.



Pertama ialah kajian kebolehlaksanaan bagi menubuhkan loji kitar semula botol ke-botol PET (polyethylene terephthalate) di Singapura.



Matlamatnya adalah untuk menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan botol baru.



Kedua ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan Kitar Semula Plastik, untuk membawa bersama pusat dari seluruh dunia menerusi ilmu saintifik, kemahiran teknologi, strategi, dan bukti kelayakan kemampanan untuk menghasilkan huraian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >