Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanam pokok bersama penduduk di GRC Tanjong Pagar

Nov 07, 2021 | 08:45 PM



MENTERI Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang juga Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar pada Ahad (7 Nov) menanam pokok Batoko Plum (flacourtia inermis).

Beliau dilihat menanam pokok itu bersama seorang penduduk muda, Asma, yang amat gembira kerana dapat menyertai usaha menanam pokok itu.

Dalam satu catatan Facebooknya pada Ahad, Encik Chan berkata beliau kemudian menyertai keluarga Asma dan penduduk lain kawasan undi itu, pemimpin akar umbi dan sukarelawan dalam acara tahunan Hari Menanam Pokok.

Turut sama  menyertai acara itu adalah kakitangan Majlis Bandaran Tanjong Pagar, Persatuan Rakyat (PA) dan Lembaga Taman Negara (NParks).


“Lebih penting adalah komitmen daripada kita kepada anak kita –  bahawa setiap generasi akan meninggalkan Singapura yang lebih hijau, lebih bersih dan lebih mampan kepada generasi akan datang,” ujarnya.

Ahad merupakan ulang tahun ke-50 Hari Menanam Pokok Singapura, yang dimulakan perdana menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >