Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanda di stesen MRT akan dipertingkat agar lebih mesra pengguna

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



PENUMPANG akan mendapati lebih mudah bergerak di semua stesen MRT pada masa akan datang dengan papan tanda di stesen MRT akan diperbaiki agar lebih mudah difahami.



Misalnya, papan tanda itu akan mempunyai fon huruf bersaiz lebih besar dan pintu keluar akan menggunakan angka dan bukan huruf.



Tanda-tanda itu telah dipasang di Laluan Thomson-East Coast (TEL). Ia juga akan diterapkan di stesen MRT baru pada masa akan datang.



Pengarah Kanan Kumpulan Rel Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Encik Sim Wee Meng, berkata:



"Ramai warga tua mengatakan papan tanda kami agak berselerak, dan semasa mereka cuba mencari pintu masuk ke stesen, ia amat mencabar.



"Pintu masuk ke stesen MRT kami dulu menggunakan huruf A, B, C, D. Maklum balas yang kami terima adalah ada sebilangan orang tidak membaca bahasa Inggeris.



"Justeru, kami memutuskan untuk menggunakan nombor kerana ia adalah bahasa universal."



Menurut Encik Sim, LTA akan meningkatkan papan tanda di stesen MRT yang mempunyai lebih daripada satu laluan, contohnya, Caldecott, yang menawarkan TEL dan Laluan Circle Line (CCL).



Untuk baki stesen pula, LTA akan mencari masa yang sesuai untuk menaik taraf kesemuanya, kata Encik Sim.



Dengan hampir 40 tahun pengalaman dalam industri rel, Encik Sim, 67 tahun, berkata tumpuan adalah untuk memperbaiki pengalaman penumpang - sejak Singapura membina laluan MRT pertamanya pada 1980-an.



Beliau telah bersama MRT sebelumnya pada 1983, dan telah terlibat dalam projek rel di sini sejak kerja pembinaan stesen MRT pertama dari Yio Chu Kang ke Toa Payoh untuk Laluan Utara-Selatan (NSL).



Menurut beliau, keutamaan penting di peringkat awal ketika membina stesen-stesen itu adalah memenuhi syarat keselamatan yang diperlukan.



Namun, saban tahun, selain memperbaiki pengalaman penumpang, Encik Sim berkata penglibatan pihak berkepentingan seperti penduduk juga menjadi tugas penting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >