Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tandas di pusat penjaja, kedai kopi lebih kotor dari 2016: SMU

May 27, 2020 | 09:01 AM



TANDAS di pusat penjaja dan kedai kopi didapati lebih kotor sejak 2016, menurut satu dapatan kajian hasil pemeriksaan ke atas lebih 1,000 tandas sedemikian yang dibentangkan semalam.



Keadaan ini mungkin disebabkan oleh dua faktor utama: kurangnya amalan kebersihan awam yang berterusan, dan kemudahan tandas seperti paip yang tidak berfungsi dan tandas yang tersumbat, kata mereka yang berada melaksanakan projek oleh Universiti Pengurusan Singapura (SMU) itu.



"Kesedaran masyarakat sangat perlu ditingkatkan, dan pengendali pusat penjaja dan kedai kopi perlu meningkatkan tanggungjawab mereka jika mereka peduli dengan kebersihan awam," kata penyelaras projek merangkap pensyarah kanan SMU dalam bidang Statistik, Profesor Rosie Ching.



Kajian yang bertajuk "Waterloo" itu dilakukan oleh Profesor Ching dan 157 graduan SMU dari 10 Januari hingga 7 Februari tahun ini. 



Mereka melakukan tinjauan ke atas sekitar 6,000 pelanggan dari 104 dari sejumlah 114 pusat penjaja di Singapura, dan 1,181 dari sejumlah 1,330 kedai kopi di seluruh Singapura, mengajukan 100 soalan kepada mereka dari aspek seperti cermin, kepala paip, sinki, alat penyedia sabun, kertas tandas, mangkuk tandas, alat siraman tandas, lantai, tong sampah, tong sanitasi, saluran kencing dan pengudaraan.



Ia mengikuti tinjauan serupa yang dilakukan pada 2016 oleh Prof Ching dan pelajarnya ketika itu.



Versi 2020 mendapati tandas awam paling kotor terletak di Tuas, Telok Blangah dan Bukit Batok. 



Marina South mendahului senarai tandas awam paling bersih, diikuti oleh Tanglin dan Changi.



Tandas kedai kopi dianggap jauh lebih kotor daripada tandas pusat penjaja.



Kebersihan tandas di pusat penjaja juga didapati sangat ketara kotornya berbanding empat tahun lalu, berdasarkan maklum balas responden. 



Tandas kedai kopi tetap kotor seperti pada tahun 2016.



Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), yang bertanggungjawab menguruskan pusat penjaja di Singapura, memberitahu The Straits Times lebih banyak langkah sedang dirancang untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kebersihan tandas awam di Singapura, termasuk meminta pemilik premis untuk memiliki hak kepemilikan lebih besar ke atas tandas mereka.



"NEA akan mengkaji hasil tinjauan Universiti Pengurusan Singapura sedang kami meneruskan usaha dalam menyokong pemilik dan pengendali premis untuk menjaga kesihatan awam yang baik," kata jurucakapnya, dan mendesak pihak berkepentingan untuk memperhebat langkah-langkah sanitasi dan kebersihan yang ada.



Pengguna juga harus memainkan peranan mereka untuk menjaga kebersihan tandas, kata jurucakap NEA. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >