SEMINAR PELAN KERJA TAHUNAN SCDF
Tangga sepanjang 60m antara alat baru inovatif SCDF pertingkat keupayaan
May 10, 2019 | 05:30 AM
TANGGA yang mampu dipanjangkan sehingga mencapai ketinggian 60 meter - sama seperti bangunan setinggi 20 tingkat - adalah antara pelbagai peralatan baru Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Ini bertujuan bagi mempertingkat keupayaan SCDF dalam operasi dan respons kepada kebakaran tangki minyak.