BELANJAWAN BERDAYA TAHAN
Tangguh bayaran cukai bagi syarikat dan pekerja sendiri
Mar 27, 2020 | 05:30 AM
PEMERINTAH akan membantu perniagaan setempat dalam aliran tunai supaya mereka dapat mengharungi masa sukar ekoran penularan Covid-19.
Dalam perkara ini, pemerintah akan menangguhkan pembayaran cukai buat perniagaan dan juga mereka yang bekerja sendiri, bagi tempoh tiga bulan.