Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangguh kelahiran demi tarikh 9 Ogos

Aug 09, 2022 | 05:30 AM



SEPATUTNYA Cik Salwa Rozarita Zailani dilahirkan pada 7 Ogos 2001.



Tetapi, oleh kerana ibunya, Cik Rozita Saeed, ingin anaknya dilahirkan pada Hari Kebangsaan Singapura, beliau sanggup menunggu lagi dua hari.



Cerita di sebalik kelahiran anak kedua Cik Rozita itu kekal segar di ingatannya meskipun 21 tahun sudah berlalu.



Mengimbas kembali detik itu, Cik Rozita, 54 tahun, seorang suri rumah, berkata:



"Sebenarnya, tarikh yang sepatutnya dia dilahirkan ialah 7 Ogos 2001, bukan 9 Ogos. Saya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada pagi 6 Ogos bersama suami untuk pemeriksaan terakhir. Semua berjalan seperti mana yang dirancang sebelumnya.''



Waktu itu, beliau masih di dalam bilik pemeriksaan dan sedang menunggu untuk dibawa ke wad untuk menukar pakaian ke gaun bersalin.



"Selepas itu, saya tanpa berfikir panjang saya pun meminta doktor untuk membenarkan saya ditahan lagi dua hari sebelum melahirkan, dan saya pun menyatakan supaya tarikh ulang tahunnya mudah diingati setiap tahun, serta mahu anak saya menjadi 'Anak Hari Kebangsaan'," kata beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Rozie.



Setelah mendapat persetujuan doktornya, beliau kemudian dimasukkan ke wad dan diminta untuk berehat.



"Tiba tanggal 9 Ogos, saya dibawa untuk melakukan pengimbasan pada pagi itu dan doktor saya, Dr Mariamma George, menyampaikan berita yang agak merisaukan ketika itu," singkap beliau.



"Doktor kata anak dalam kandungan saya dalam posisi yang serong - melintang dengan kepalanya di sebelah kiri pinggang saya dan kaki berada di pinggang kanan saya, namun tidak terikat pada usus, saya terus berasa lega apabila mendengar khabar itu.



"Tapi yang membuatkan saya betul-betul berdebar ialah apabila diberitahu saya terpaksa menjalani pembedahan Caesarian kerana takut posisi bayi akan berubah lagi dan akan menimbulkan komplikasi," tambah Cik Rozie, yang mempunyai tiga orang anak.



Kongsinya lagi, bila beliau ditolak masuk wad pembedahan, beliau masih lagi keliru dan tidak tahu apa yang akan berlaku kerana di dalam kesakitan.



"Pada waktu tu saya dah diberikan epidural (ubat penahan sakit) dan separuh badan saya memang tak rasa apa-apa.



"Pada 10.20 pagi, saya dengar suara bayi menangis dan mereka datang dekat dengan saya dan letakkan anak saya di atas dada saya sambil ucapkan tahniah," tambah Cik Rozie, yang pada itu menangis kegembiraan dengan kelahiran puteri sulungnya.



Anaknya, Cik Salwa, pelajar kejururawatan di Politeknik Ngee Ann, berkata tarikh lahirnya yang jatuh pada Hari Kebangsaan cukup bermakna.



"Saya rasa bernasib baik sebenarnya ulang tahun saya jatuh pada 9 Ogos, bukan sahaja saya 'Singapore Baby', tapi tidak ada alasan untuk keluarga dan teman saya lupa sambut dan beri saya hadiah," katanya berseloroh.




"Sebenarnya, tarikh yang sepatutnya dia dilahirkan ialah 7 Ogos 2001, bukan 9 Ogos. Saya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) pada pagi 6 Ogos bersama suami untuk pemeriksaan terakhir. Semua berjalan seperti mana yang dirancang sebelumnya.''
- Cik Rozita Saeed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >