Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangisan NDP tular... ...terharu kenang cabaran ditempuh SG

Aug 11, 2022 | 05:30 AM



PADA mulanya beliau terkejut juga menjadi sensasi semalaman tetapi Encik Mohd Azuan Tan berharap detik itu dapat menjadi pengajaran dan peluang baginya meningkatkan kesedaran terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta membawa lebih bantuan kepada mereka.



Begitulah sentimen yang bermain dalam sanubarinya ketika digambarkan berlinangan air mata semasa menyanyikan lagu kebangsaan Majulah Singapura di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) kelmarin.



Encik Mohd Azuan, 41 tahun, yang akan mengambil alih sebagai pengerusi baru M Kuasa Tiga (M3) di Pasir Ris-Punggol pada 19 Ogos ini, amat terharu apabila beliau dihubungi ramai kenalannya yang berkongsi bersamanya bahawa mereka juga merasakan emosi yang sama waktu itu.



"Kata-kata dan kisah perjuangan dan cabaran selama dua tahun yang warga Singapura telah melalui bergema dengan ramai orang dan apabila lagu kebangsaan dinyanyikan... saya yang berada di NDP secara langsung dapat merasakan suasananya... itulah yang buat saya amat terharu," ujar beliau, yang mula bergiat dalam aktiviti kemasyarakatan di GRC Pasir Ris-Punggol sejak lebih lima tahun lalu.



Namun, Encik Azuan menegaskan, perhatian yang beliau terima tidak sepatutnya diberikan kepadanya, tetapi kepada semua yang telah bekerja keras bagi menjayakan NDP.



Ini, tambahnya, termasuk semua pekerja barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus mengharungi pelbagai cabaran dalam membantu Singapura mengatasi pandemik Covid- 19.



"Ramai orang telah menempuhi banyak cabaran dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu, terutama golongan yang kurang bernasib baik.



"Saya berharap lebih ramai lagi warga yang akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan kerana saya rasa Singapura adalah negara terbaik dalam usaha mengatasi pelbagai cabaran dengan cara yang berkesan dan baik," tambah Encik Mohd Azuan.




Laporan lanjut:Emosi tercetus kenang, hargai usaha S'pura jadi lebih maju




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >