Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Tanglung tarikan utama pameran bunga Gardens by the Bay bagi Tahun Baru Cina

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tanglung tarikan utama pameran bunga Gardens by the Bay bagi Tahun Baru Cina

Jan 15, 2022 | 05:30 AM

BUAT kali pertama, satu set tanglung besar River Hongbao - Spring Fragrances (Keharuman Musim Bunga) - menjadi tarikan utama pameran bunga Dahlia Dreams Gardens by the Bay sempena Tahun Baru Cina.

Set tiga tanglung itu mempunyai tiga pintu bulan Cina, sepasang arnab serta bunga narcissus, peony dan lili raksasa di tengah-tengah kira-kira 2,000 bunga dahlia, azalea, kekwa dan anggerik.

Turut dipamerkan ialah anak harimau comel sempena menyambut Tahun Harimau tahun ini dalam kalendar Cina, yang memakai hiasan seperti kantung syiling gergasi dan kuplet melambangkan tuah dan kemakmuran.

Di samping itu, lukisan besar yang menggambarkan 'Empat Budiman' budaya Cina - bunga plum blossom, orkid, bambu, dan bunga kekwa - turut di papar dalam pameran bunga itu.

'Empat budiman' itu mewakili perubahan musim dalam masyarakat Cina dan dianalogikan dengan kebaikan seperti ketabahan, kesederhanaan, ketahanan, fleksibiliti, ketabahan dan keteguhan hati; ciri-ciri bagi mengharungi pandemik Covid-19.

Pameran Dahlia Dreams sudah dibuka dan berlangsung hingga 20 Februari, dan merupakan yang pertama daripada pelbagai pameran penuh bunga sepanjang tahun ini sempena sambutan ke-10 Gardens by the Bay.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3