Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanjong Katong Complex akan ditutup bagi kerja baik pulih besar mulai Ogos 2023, penyewa perlu cari kedai alternatif

Dec 08, 2021 | 06:04 PM



BANGUNAN beli-belah yang dekat dengan hati masyarakat Melayu/Islam, Tanjong Katong Complex (TKC), akan ditutup dan menjalani kerja-kerja baik pulih yang besar bermula Ogos 2023 demi memberi kesegaran dan merancakkan tempat itu.



Namun, identiti tempat itu sebagai pusat dagangan yang kaya dengan nilai warisan budaya Melayu akan tetap dikekalkan.



Penguasa Tanah Singapura (SLA), yang memantau TKC sebagai hartanah milik pemerintah, berkata kerja-kerja baik pulih itu dijangka berakhir menjelang Julai 2026.



Selepas menjalani kerja-kerja baik pulih, pengunjung boleh menjangkakan antara lain ruang makanan dan minuman (F&B) di atas bumbung dan ruang bagi menjalankan program-program masyarakat, menurut kenyataan SLA pada Rabu (8 Disember).



Ruang kawasan lantai kasar (GFA) dijangka meningkat 20 peratus.



Kerja-kerja baik pulih TKC itu merupakan sebahagian dari usaha merombak Geylang Serai sebagai kawasan nadi budaya masyarakat Melayu seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Rapat Hari Kebangsaan 2018.



“SLA sedar bahawa TKC mempunyai tempat istimewa dan unik di Singapura dan maklum balas awam menunjukkan (bangunan) TKC yang ikonik perlu dikekalkan. TKC yang dibaik pulih akan menambah kerancakan di kawasan itu dan menjadikan Geylang Serai sebagai kawasan budaya bagi masyarakat dan rakyat Singapura.



"Penduduk dan masyarakat boleh melihat pembangunan yang dibaik pulih yang mempunyai lebih banyak ruang runcit, pilihan F&B dan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik,’’ kata ketua eksekutif SLA, Encik Colin Low, dalam kenyataan SLA pada Rabu.



Bangunan TKC itu merupakan kompleks beli-belah berhawa dingin pertama yang dibangunkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada 1984. SLA telah menguruskan TKC sejak Mac 1998.



Sejak dibangunkan, TKC belum lagi menjalani kerja-kerja peningkatan besar dan sistem mekanikal dan elektrik perlu diperbaru.



Dalam merancang kerja-kerja baik pulih ini, SLA telah mengambil kira maklum balas masyarakat yang diperolehi dari Oktober 2019 hingga Januari 2020 bagi kawasan budaya Geylang Serai.



Menurut SLA, maklum balas itu termasuk langkah mengekalkan bangunan itu memandangkan kaitan rapat masyarakat dengan TKC serta nilai-nilai warisannya.



Kerja-kerja baik pulih itu amat bertepatan bagi bangunan itu yang diperbaru dan diberi ‘nafas baru’ bagi melengkapi bangunan baru di sekitarnya seperti Wisma Geylang Serai (WGS) dan pusat beli-belah PLQ Mall.



Ia merupakan sebahagian usaha merombak Geylang Serai sebagai jalur budaya Melayu seperti diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan 2018.



Jalur itu merangkumi kawasan TKC hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



Dalam pada itu, SLA telah bertemu dengan para penyewa untuk memaklumkan kerja-kerja baik pulih itu pada Rabu (8 Disember).



Tempoh sewa 106 penyewa TKC itu sepatutnya berakhir 31 Disember 2022.



Namun, SLA menyatakan ia memahami kesukaran dihadapi para penyewa sejak dua tahun lalu disebabkan Covid-19.



“Oleh itu, SLA diberi tempoh lanjutan sewa selama enam bulan sehingga 30 Jun 2023 agar mereka boleh memanfaatkan penjualan Hari Raya pada April 2023,’’ ujar SLA.



Notis awal selama satu setengah tahun ini akan memberikan penyewa masa untuk membuat rancangan pemindahan, tambah SLA.



Para penyewa  digalak mencari lokasi alternatif bagi menempatkan perniagaan mereka dan merancang pelan meneruskan perniagaan mereka, kata SLA



Mereka yang ingin mencari lokasi alternatif di hartanah milik pemerintah boleh menimbangkan menyertai tender terbuka di bawah gerbang State Property Information Online (SPIO) (https://sla.gov.sg/spio).



“SLA akan bekerja sama dengan penyewa TKC yang ada bagi membantu dalam pelan peralihan itu,’’ ujar kenyataan SLA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >