BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Tanpa penyaluran, ada masalah kadar keciciran pelajar yang tinggi: Ye Kung
ADA keprihatinan tentang aliran Normal dan kesan sampingan negatif yang berkaitan dengannya, tetapi tanpa penyaluran pelajar atau 'streaming', stratifikasi sosial mungkin lebih teruk, tekan Menteri Pendikan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen semalam.
Menjelaskan semasa perbahasan belanjawan Kementerian Pendidikan (MOE), beliau berkata pengenalan aliran Normal (Teknikal) telah membantu mengurangkan kadar keciciran di sekolah.