Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak EC di Bukit Batok dilancar bagi jualan tender

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH tapak kondominium eksekutif (EC) di Bukit Batok West Avenue 5 telah dilancarkan bagi jualan melalui tender awam di bawah senarai yang disahkan bagi program Jualan Tanah Pemerintah H1 2022.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) semalam, tapak pajakan selama 99 tahun itu berpotensi menghasilkan sekitar 495 unit kediaman.



Merentasi kawasan tanah seluas 16,623.7 meter persegi, tapak itu boleh menghasilkan keluasan lantai kasar maksimum 49,872 meter persegi dengan ketinggian bangunan maksimum 60 meter.



Kemudahan yang dicadangkan untuk dilaksanakan termasuk laluan pejalan kaki selebar 1.5 meter, laluan berbasikal selebar 2 meter, serta ruang bas dan tempat perlindungan.



Pelancaran tapak terbaru itu merupakan tapak ketiga bagi pembangunan EC dalam tempoh tahun ini, lapor The Business Times.



Pengarah kanan penyelidikan Huttons, Encik Lee Sze Teck menganggarkan ketiga-tiga tapak - termasuk tapak EC di Tengah Garden Walk yang telah diluluskan pada Jun 2021 - berpotensi menawarkan sehingga 1,500 unit EC untuk dijual.



Beliau turut menyentuh tentang jarak dekat tapak di Bukit Batok itu dengan satu lagi tapak EC yang dianugerahkan kepada Qingjian dan Santarli pada harga $662 setiap kaki persegi setiap nisbah (psf ppr) pada Mac lalu.



"Pemaju hartanah mungkin menilai potensi bekalan di kawasan itu dan melindungi nilai terhadap risiko.



"Anggaran bidaan untuk tapak EC adalah antara $640 dan $680 psf ppr dan mungkin terdapat sehingga lapan pembida," kata Encik Lee tentang tapak di Bukit Batok itu.



"Terdapat kira-kira 8,000 pemilik flat tiga bilik dan lebih besar yang akan memenuhi MOP (tempoh pendudukan minimum) lima tahun dari 2022 hingga 2024 yang boleh memilih untuk menaik taraf kepada EC," tambah beliau.



Tender bagi tapak Bukit Batok West Avenue 5 akan ditutup pada 12 tengah hari pada 13 September 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >