Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak RKM dibangun semula jadi projek perumahan

Mar 16, 2021 | 05:30 AM



TAPAK yang diduduki Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) di Bedok merupakan salah satu dari empat tapak yang akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada sebuah projek perumahan.



Menurut satu dokumen tender yang dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), tiga tapak lain yang akan dirobohkan terletak di Balestier, Toa Payoh dan Jurong East.



Keempat-empat tapak ini telah ditetapkan sebagai zon perumahan di dalam pelan utama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), yang memberi garis panduan untuk pembangunan dalam 10 hingga 15 tahun dari sekarang.



Ini bermakna hanya flat HDB atau rumah privet boleh dibangunkan di atas tapak tanah tersebut.



HDB tidak menyatakan jika tapak-tapak ini akan diperuntukkan untuk perumahan awam atau privet, tetapi mengatakan butiran lanjut akan diumumkan.



Jika diperuntukkan untuk perumahan privet, tapak-tapak tanah ini mungkin akan dijual kepada pemaju hartanah melalui proses Penjualan Tanah Pemerintah (GLS) yang diadakan dua kali setahun.



Tapak yang diduduki RKM di Bedok, yang dianggarkan berukuran 16,500 meter persegi, terletak berdekatan stesen MRT Bedok Reservoir di laluan Downtown, dan kerja perobohan dijangka akan dijalankan sekitar bulan Julai sehingga Mei tahun depan.



RKM bakal berpindah ke sebuah bangunan baru yang terletak di Elias Road di kawasan Pasir Ris.



Bekas Kampus Balestier Global Indian International School terletak di 51 Jalan Rajah, bersebelahan Sungai Kallang dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan bertentangan Stadium Toa Payoh.



Tapak di Jurong East merupakan bekas tapak Sekolah Rendah Yuqun, yang telah digabungkan bersama Sekolah Rendah Yuhua pada 2002.



Tapak di Toa Payoh, yang dianggarkan berukuran kira-kira 5,500 meter persegi, terletak bersebelahan Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah dan Sekolah Awam Pei Chun, dan kerja perobohan dijangka akan selesai sebelum November.



Keluasan kawasan tanah dan tempoh kerja perobohan untuk tapak di Balestier dan Jurong East tidak dinyatakan di dalam dokumen tender tersebut.



HDB telah meminta tender sejak bulan Januari untuk mendapatkan perkhidmatan pakar arboris untuk menilai kesihatan pokok-pokok yang terdapat di empat tapak itu, dan akan mendapatkan kelulusan untuk mengalihkan pokok-pokok yang tidak sihat yang mempunyai risiko untuk mati atau tumbang.



"Pokok-pokok yang sihat dan pohon-pohon yang lain di tapak-tapak ini akan dikekalkan atau digabungkan dengan pembangunan tapak itu," kata HDB.



Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analitik di syarikat hartanah OrangTee & Tie, memaklumkan bahawa empat tapak ini terletak berdekatan dengan estet-estet matang, terutama sekali tapak-tapak di kawasan Balestier dan Toa Payoh yang mempunyai tarikan tinggi kerana lokasi kawasan-kawasan ini.



Namun begitu, Cik Sun berkata HDB tidak mungkin akan melancarkan flat-flat baru atau menjual tapak-tapak ini dalam masa terdekat kerana ia mengambil masa untuk membersihkan dan menyiapkan tapak-tapak tanah tersebut.



"HDB berkemungkinan mempunyai tunggakan untuk tapak-tapak untuk dilancarkan, kerana Covid-19 telah menangguhkan beberapa perancangan, maka tapak-tapak baru ini tidak akan diberi keutamaan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >