Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik, gas lebih tinggi Jan hingga Mac depan

SP Group, City Energy: Kenaikan disebabkan harga bahan api, bahan lain meningkat
Dec 31, 2021 | 05:30 AM



ISI rumah akan membayar bil utiliti lebih tinggi dari esok hingga 31 Mac depan, disebabkan tarif elektrik dan gas terus naik sejak awal tahun ini.



Ia ekoran kenaikan harga bahan api dan bahan lain yang digunakan untuk menghasilkan gas dan elektrik, kata SP Group dan City Energy dalam dua kenyataan berasingan semalam.



Bagi isi rumah, tarif elektrik bakal naik daripada 24.11 sen kepada 25.44 sen setiap kilowatt sejam (kWh) dari 1 Januari hingga 31 Mac, sebelum mengambil kira cukai barangan dan perkhidmatan (GST).



Menurut SP Group, ini kenaikan purata 5.6 peratus, atau 1.33 sen setiap kWh, daripada suku sebelumnya.



Sebagai contoh, bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat empat bilik HDB akan bertambah $4.70 sebelum GST, tambahnya.



"Kenaikan pada suku ini disebabkan kos bahan api yang lebih tinggi.



"Sekitar 95 peratus elektrik Singapura dijana menggunakan gas asli yang diimport pada harga yang diindeks pada harga minyak.



"Sejak beberapa bulan lalu, gabungan (beberapa faktor, termasuk) kegiatan ekonomi yang kian pulih, keadaan cuaca yang serius dan gangguan penghasilan gas menyebabkan harga pasaran tenaga sedunia melonjak," kata SP Group, sambil menambah faktor ini menyebabkan kenaikan harga elektrik dalam banyak pasaran.



Menyatakan tarif terbaru itu telah diluluskan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), syarikat itu berkata:



"SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal industri elektrik, EMA."



Dalam kenyataannya, City Energy juga berkata tarif gas terkini syarikat itu telah diluluskan oleh EMA.



Ia menambah kenaikan itu disebabkan kos bahan api dan bukan bahan api yang telah meningkat daripada suku sebelumnya.



Bagi isi rumah, tarif gas sebelum GST akan bertambah 1.17 sen, daripada 19.04 sen kepada 20.21 sen setiap kWh bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mac.



Termasuk GST, kadar itu 21.62 sen setiap kwh.



City Energy juga berkata ia menyemak tarif gas berdasarkan garis panduan yang ditetapkan EMA.



Sebelum ini, pemerintah berkata ia akan terus membantu pengguna menangani kos lebih tinggi menerusi pelbagai langkah bantuan sedang harga elektrik meningkat.



Antara bantuan itu ialah skim bantuan seperti rebat U-Save untuk membantu isi rumah berkaitan bil utiliti mereka.



EMA juga telah mengambil langkah luar biasa menjamin bekalan elektrik di Singapura, memastikan ia dapat terus disediakan dan pasaran elektrik di sini terus berfungsi.



Ini termasuk menerusi Skim Bantuan Kontrak Elektrik Sementara (TRECS) yang diumumkan EMA dua minggu lalu.



Skim itu antara lain bertujuan membantu pengguna besar elektrik di Singapura, termasuk pusat beli-belah dan prasarana perkilangan, mendapatkan kontrak di tengah-tengah ketidakpastian dalam pasaran elektrik sekarang.



Pemerintah juga berharap pengguna dapat membantu menjimat elektrik jika boleh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >