Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik, gas naik bagi Okt-Dis

Oct 01, 2021 | 05:30 AM



ISI rumah harus membayar lebih tinggi bagi bil utiliti dari hari ini hingga 31 Disember memandangkan tarif elektik dan gas terus meningkat sejak awal tahun ini.



Tarif elektrik meningkat purata 3.2 peratus berbanding suku sebelumnya, kata kumpulan SP dalam satu kenyataan semalam. Ia disebabkan kos bahan api lebih tinggi bagi menghasilkan elektrik oleh syarikat penjana kuasa.



Bagi rumah, tarif elektrik akan naik daripada 23.38 sen setiap kilowatt-sejam (kwh) kepada 24.11 sen setiap kwh dalam suku keempat, tidak termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Ini harga tertinggi sejak Januari hingga Mac tahun lalu.



Bil elektrik bulanan purata bagi keluarga tinggal di flat empat bilik HDB akan naik sebanyak $2.49, kata kumpulan SP, yang menyemak tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).



Tarif elektrik yang disemak bagi suku ini telah diluluskan oleh EMA.



Tarif elektrik dikira daripada empat komponen, termasuk kos tenaga yang mencerminkan kos gas asli yang diimport.



Dalam perincian tarif elektrik, kumpulan SP berkata penjanaan tenaga elektrik lebih mahal kerana kenaikan kos operasi loji jana kuasa, seperti tenaga kerja dan perbelanjaan penyenggaraan.



Tarif gas untuk rumah juga meningkat pada suku ini. Ia naik 0.57 sen setiap kwh, kata City Gas, pengeluar dan peruncit gas bandar paip di sini.



Tidak termasuk GST, kadar itu naik daripada 18.47 sen setiap kwh kepada 19.04 setiap kwh dari hari ini hingga 31 Disember.



Termasuk GST, kadar itu ialah 20.37 sen setiap kwh.



Kenaikan dalam perbelanjaan utiliti berlaku di tengah lonjakan harga tenaga di seluruh dunia sedang ekonomi global pulih daripada pandemik Covid-19.



Di Eropah, harga elektrik kini hampir tiga kali ganda lebih tinggi di beberapa negara, yang sedang bersiap bagi kenaikan kos sedang musim sejuk semakin dekat.



Agensi Tenaga Antarabangsa melaporkan harga elektrik meningkat 54 peratus pada separuh pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu di ekonomi maju utama di seluruh dunia.



Ini disebabkan kenaikan harga bahan api fosil akibat krisis koronavirus dan juga perubahan permintaan elektrik, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >