Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik, gas naik dek kenaikan harga bahan api

Apr 01, 2021 | 05:30 AM



TARIF elektrik dan gas akan dinaikkan mulai hari ini, disebabkan kenaikan harga bahan api yang digunakan untuk menghasilkan gas dan elektrik, kata SP Group dan City Gas dalam dua kenyataan berasingan semalam.



Bagi isi rumah, tarif elektrik bertambah daripada 20.76 sen kepada 22.55 sen setiap kiloWatt sejam (kWh) dari 1 April hingga 30 Jun 2021, sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diambil kira.



Ini adalah kenaikan purata 8.6 peratus berbanding dalam suku sebelumnya, kata SP Group.



Sebagai contoh, bil elektrik bulanan purata bagi keluarga yang tinggal di flat HDB empat bilik akan bertambah $5.62 sebelum GST, kata SP Group.



"Kenaikan ini kebanyakannya ialah kerana kos bahan api meningkat bagi syarikat penjanaan kuasa bagi menghasilkan elektrik," kata SP Group.



Mengatakan tarif terbaru itu telah diluluskan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), syarikat itu berkata: "SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh pengawal industri elektrik Penguasa Pasaran Tenaga (EMA)."



Tarif baru ini hanya menjejas pengguna yang masih membeli elektrik daripada SP Group, iaitu sekitar 51 peratus isi rumah.



Dalam kenyataannya, City Gas juga berkata tarif gas terkini syarikat itu telah diluluskan oleh EMA. Ia dinaikkan kerana kos bahan api yang telah meningkat berbanding suku sebelumnya, kata City Gas.



Tarif gas sebelum GST bagi isi rumah akan bertambah 0.84 sen setiap kWh, daripada 17.23 sen/kWh kepada 18.07 sen/kWh bagi tempoh 1 April 2021 dengan 30 Jun 2021.



"Ini adalah kerana kos bahan api telah meningkat berbanding suku sebelumnya," kata City Gas dalam kenyataannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >