Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik naik $2 hingga $7

Jun 30, 2018 | 05:30 AM



BIL elektrik bulanan akan dinaikkan mulai esok, dengan pemilik flat HDB boleh menjangka kenaikan purata antara $2.05 dengan $7.95.



Mengumumkan kenaikan itu dalam kenyataan semalam, pengendali khidmat elektrik SP Group berkata tarif elektrik bagi tempoh antara 1 Julai dengan 30 September akan dinaikkan pada kadar purata 6.9 peratus, atau 1.50 sen setiap kilowat jam (kWh), berbanding tarif elektrik pada suku sebelumnya.



Bagi pengguna di rumah, tarif elektrik ini akan meningkat antara 22.15 sen dengan 23.65 sen setiap kWH bagi tempoh yang sama.



Menurut SP Group, secara purata, bil elektrik bulanan bagi keluarga yang tinggal di flat empat bilik HDB akan meningkat $5.61.



Kenaikan tarif elektrik ini selaras kenaikan harga gas asli - yang digunakan untuk menjana kuasa elektrik - berbanding suku sebelumnya.



Ini suku ketiga berturut-turut di mana tarif elektrik dinaikkan.



Dalam tempoh antara Oktober dengan Disember tahun lalu, tarif elektrik ditetapkan pada harga 20.30 set setiap kWh.



Tarif itu dinaikkan kepada 21.56 sen setiap kWh, sebelum dinaikkan lagi kepada 22.15 sen setiap kWh bagi tempoh antara April dengan Jun.



Dalam kenyataanya, SP Group berkata mereka menyemak tarif elekrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), lembaga berkanun yang bertanggungjawab bagi hal bekalan tenaga.



Menurut SP Group, tarif kali ini telah diluluskan EMA.



Harga gas asli yang diimport di rantau ini ditetapkan berdasarkan harga minyak kerana tiada ukur tara khas bagi perdagangan gas.



Perubahan tarif elektrik di Singapura selalunya berlaku satu suku tahun selepas harga minyak berubah.



Mei lalu, harga minyak melonjak kepada AS$70 setiap tong bagi minyak mentah West Texas Intermediate (WTI). Ini kali pertama harga naik ke paras itu dalam tempoh lebih tiga tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >