TARIF elektrik akan dinaikkan sebanyak 6.4 peratus atau 1.43 sen bagi setiap kilowatt jam (kWh) pada suku ketiga tahun ini, atau dari 1 Julai hingga 31 September, menurut SP Group hari ini (29 Jun).
Sementara itu, tarif gas juga akan dinaikkan sebanyak 1.6 peratus atau 0.30 sen bagi suku ketiga tahun ini, menurut City Gas.
Ini bermakna tarif elektrik isi rumah akan naik daripada 22.79 kepada 24.22 sen bagi setiap kWh, tanpa mengambil kira cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Menurut SP Group, kenaikan ini disebabkan kos gas asli lebih tinggi bagi menjana elektrik.
Sementara itu, kenaikan tarif gas pula bermakna isi rumah perlu membayar 19.10 sen bagi setiap kWh, berbanding 18.80 sen sebelum ini.